Siakap Keli

Tak Pernah Serang Orang, Viral Buaya Didakwa Vegetarian, Hanya Makan Nasi & Sayur

Buaya adalah seekor haiwan yang dikenali sebagai haiwan ganas pemakan daging. Tidak hairanlah ramai orang yang berasa takut ketika berhadapan mahu pun terserempak dengan haiwan tersebut.

Namun, di Kuil Sri Ananthapura di utara Kerala, India, lain pula ceritanya apabila terdapat seekor buaya yang mesra serta didakwa sebagai ‘vegetarian’. Buaya tersebut bernama Babiya.

Menurut Oddity Central, gambar buaya besar di Kuil Danau Swamy Sri Ananthapadmanabha pernah menjadi tajuk berita utama pada tahun lalu sehingga telah menaikkan populariti kuil Hindu kecil itu.

Dinyatakan bahawa reptilia tersebut pernah beberapa kali masuk ke dalam kuil.

Buaya itu dilaporkan sering menunggu para pendeta membawakannya makanan hariannya iaitu sayuran.

Dakwa para pendeta tersebut, Babiya telah hidup hanya dengan memakan nasi hampir tujuh dekad selama dia berada di kuil.

Tidak ada yang benar-benar tahu tentang bagaimana Babiya boleh hidup tinggal di kuil Kerala. Dia telah berada sebegitu lama sehinggakan ada orang yang melihatnya tidak berasa takut dan hanya anggap bahawa dia adalah salah satu pengunjung yang biasa.

Para pendeta di sana mendakwa bahawa buaya itu tidak pernah cuba untuk menyerang mereka dan mereka menganggap haiwan itu suci.

“Legenda menyatakan bahawa pada tahun 1945, buaya yang bernama Babiya muncul di kolam kuil beberapa hari selepas seorang pegawai tentera British dibunuh secara misteri oleh binatang yang tidak diketahui. Dikatakan bahawa pegawai itu telah menembak buaya yang berada di kuil pada waktu itu,” kata Mahalingeshwara Bhat, ahli kuil kepada The Indian Express.

Babiya difahamkan diberi makan nasi sebanyak dua kali sehari. Sekali di pagi, dan sekali pada bahagian petang.

Menurut kakitangan di kuil Sri Ananthapadmanabha, buaya itu tidak pernah makan daging serta tidak pernah menyerang ikan yang hidup di kolam bersamanya.

“Saya memberi Babiya makan 1 kg beras setiap hari. Dia tidak diberikan daging; dia bahkan tidak pernah menyerang ikan di tasik,” kata seorang petugas kuil tersebut.

Sumber: Suara.com

Aqmal Ezany

I write what is right