Didakwa telah menggunakan algoritma dan kamera untuk menghasilkan karya seni, robot buatan Britain dilaporkan telah dibebaskan selepas 10 hari dimasukkan ke dalam penjara oleh pihak kastam Mesir.
Menurut Daily Mail, robot yang bernama Ai-da itu telah dicipta oleh pemilik galeri di Oxford, Aidan Meller. Ia telah ditahan di sempadan oleh seorang ejen pada minggu lalu kerana khuatir robot itu menjadi alat perisik yang tersembunyi.
Difahamkan, Meller ingin membawa robotnya itu ke sebuah pertunjukan seni di Kaherah yang bakal menyaksikan Ai-da mempamerkan karya-karyanya. Malangya, robot itu telah mencetuskan insiden diplomatik.

Bagaimanapun, ia telah dibebaskan pada Rabu iaitu beberapa jam sebelum pameran bermula.
Pembebasannya itu telah melegakan Kedutaan Besar Britain di Kaherah dan gembira kerana isu itu akhirnya telah selesai.
“Duta besar Britain telah bekerja sepanjang malam untuk membebaskan Ai-da,” kata Meller.
Tambahnya lagi, Ai-da ditahan oleh pengawal yang curiga terhadapnya modemnya, iaitu sebuah peranti yang menghubungkannya ke internet.
Sementara itu, pameran Forever Is Now itu berlangsung dari 21 Oktober hingga 7 November ini. Ai-da akan mempamerkan patung besar yang dibuatnya sendiri yang mempunyai tiga kaki. Ia merupakan permainan teka-teki kuno Sphinx.
Sumber: Daily Mail