Siakap Keli
Gambar: Since Independence

Lebih 50 Jenis “Smartphone” Ini Tak Lagi Boleh Guna Aplikasi WhatsApp Bermula November

Aplikasi mesej popular, WhatsApp telah mengumumkan bahawa lebih 52 telefon pintar tidak akan mendapat akses untuk menggunakan aplikasinya bermula 1 November 2021 ini.

Ini bermaksud, jutaan pengguna akan disekat daripada menggunakan aplikasi itu melainkan mereka menaik taraf peranti atau mengemaskini software telefon mereka.

Menurut WhatsApp, langkah itu diambil bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi tersebut selamat yang bermaksud menghentikan sokongan untuk model telefon lama.

Namun begitu, perlu diteliti lagi kerana terdapat beberapa model dalam senarai dikatakan boleh memperbaharui perisian mereka sehingga berfungsi tanpa perlu menukar telefon baru.

iPhone 6S serta iPhone 6S Plus dan iPhone SE (varian iPhone 5 dan iPhone 6) adalah salah satu daripadanya. Secara asasnya, jika anda memiliki telefon yang lebih lama daripada iPhone 4S, anda perlu menukar telefon bimbit baru kerana telefon itu tidak dapat dipasangkan dengan perisian yang sesuai.

Jika pengguna Apple yang memiliki mana-mana telefon seperti yang disebutkan ingin mengetahui cara untuk mengemas kini perisian mereka, mereka boleh pergi ke Settings > General > Software Update dan cari versi yang anda gunakan.

Untuk pengguna Android pula, anda harus menggunakan Android versi 4.1 atau lebih baru untuk terus menggunakan aplikasi WhatsApp, menurut The Sun.

Berikut adalah telefon pintar yang termasuk dalam senarai tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 November ini:

  • Galaxy Trend Lite
  • Galaxy Trend II
  • Galaxy SII
  • Galaxy S3 mini
  • Galaxy Xcover 2
  • Galaxy Core
  • Galaxy Ace 2
  • Lucid 2
  • Optimus F7
  • Optimus F5
  • Optimus L3 II Dual
  • Optimus F5
  • Optimus L5
  • Best L5 II
  • Optimus L5 Dual
  • Best L3 II
  • Optimus L7
  • Optimus L7 II Dual
  • Best L7 II
  • Optimus F6, Enact
  • Optimus L4 II Dual
  • Optimus F3
  • Best L4 II
  • Best L2 II
  • Optimus Nitro HD
  • Optimus 4X HD
  • Optimus F3Q
  • ZTE V956
  • Grand X Quad V987
  • Grand Memo
  • Xperia Miro
  • Xperia Neo L
  • Xperia Arc S
  • Alcatel
  • Ascend G740
  • Ascend Mate
  • Ascend D Quad XL
  • Ascend D1 Quad XL
  • Ascend P1 S
  • Ascend D2
  • Archos 53 Platinum
  • HTC Desire 500
  • Caterpillar Cat B15
  • Wiko Cink Five
  • Wiko Darknight
  • Lenovo A820
  • UMi X2
  • Run F1
  • THL W8
  • iPhone SE
  • iPhone 6S
  • iPhone 6S Plus

Sumber: Lad Bible

Aqmal Ezany

I write what is right