Siakap Keli
Gambar: Penang Kini Via Imran Nadzri / Jiran Abam Botak

Mujur Tak Timpa Kereta, Tular Foto Batu Besar Dipercayai Jatuh Dari Bukit Dekat Jalan Ke Balik Pulau

Pengguna jalan raya di Bukit Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang dinasihatkan supaya berhati-hati susulan daripada insiden runtuhan sebiji batu besar yang terjatuh daripada bukit di laluan tersebut.

Berdasarkan foto yang beredar di media sosial Facebook, batu besar tersebut telah menghalang laluan di jalan terbabit.

Menerusi keterangan pada perkongsian oleh Penang Kini, orang ramai yang ingin menggunakan jalan tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan terlebih dahulu dan berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan bila dan apakah ada kecederaan susulan daripada kejadian itu, bagaimanapun berdasarkan foto yang tular, tiada kenderaan dilihat terlibat menjadi mangsa kepada batu berkenaan.

Status batu tersebut sama ada sudah dialihkan atau tidak juga tidak dapat dipastikan.

 

 

Sumber: Penang Kini

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.