Siakap Keli
Gambar Via CNN Indonesia/ Detik News

Popular Dalam Novel HAMKA, Lokasi Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Berjaya Ditemui Selepas 85 Tahun

Bila sebut Van Der Wijck, pasti ramai yang menyangka bahawa ia hanya merupakan kapal di dalam cerita fiksyen terkenal karya Buya Hamka semata-mata. Pun begitu, penemuan lokasi kapal itu baru-baru ini membuktikan bahawa ia benar-benar wujud.

Setelah tenggelam selama 85 tahun, ahli arkeologi Badan Pemeliharaan Budaya Jawa Timur (BPCB), Wicaksono Dei Nugroho mengesahkan bahawa telah menemukan lokasi atau titik terakhir di mana tenggelamnya Kapal Van Der Wijck iaitu di perairan Brondong Lamongan, Jawa Timur.

Menurut CNN Indonesia, penemuan itu masih dikaji untuk mencari bukti konkrit berdasarkan sains.

Difahamkan, Dwi Nugroho dan pasukannya telah melakukan tinjauan di lokasi penenggelaman kapal itu sejak bulan Jun 2021, tetapi disebabkan perairan Lamongan yang keruh, tinjauan masih dilakukan sehingga bulan Oktober ini.

Gambar Via CNN Indonesia

“Memang ada kapal karam di lokasi yang dipercayai tenggelamnya Van Der Wijck berdasarkan foto-foto dan video yang kami dapatkan.

“Namun, prosesnya masih berjalan dan pengecaman dilakukan secara perlahan. Kami memadankan beberapa bahagian dengan gambar kapal Van Der Wijck,” kata Dwi Nugroho.

Tambah Dwi, pasukannya juga telah menerima maklumat dari masyarakat dan nelayan setempat, serta adanya monumen peringatan.

Mereka juga memasuki tahap pengenalan iaitu untuk menentukan sama ada apakah kapal yang karam ditemukan adalah bangkai kapal Van Der Wijck yang telah disahkan oleh nelayan tempatan.

Masyarakat tempatan dikatakan tidak berani untuk menjarah lokasi itu kerana ia dianggap suci.

Beberapa barang berharga yang terdapat di tempat peninggalan itu dapat ‘menceritakan’ mengenai apa yang terjadi pada tahun 1936.

“Itu adalah sebahagian dari sejarah yang tidak dimiliki oleh daerah lain.” kata Dwi

Kapal Van Der Wijck merupakan kapal mewah yang karam pada tahun 1936 di Laut Jawa. Namanya diberi sempena nama Gabenor Jeneral Hindia Belanda, Carel Herman Aart Van Der Wijck.

Ia menjadi latar belakang penulisan Hamka dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang kemudian telah dijadikan filem pada tahun 2013.

Sumber: CNN Indonesia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.