Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Andy Sigl/Youtube

Seram, Anak Dengar Suara Mak Menyahut Dalam Rumah Bila Dipanggil, Rupanya Mak Ada Kat Tempat Lain Dengan Abang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa pernah terkena pengalaman seram mengenai suara misteri yang menyahut persoalan kita? Contoh situasinya, kita bercakap dengan seseorang dan ‘seseorang’ itu balas perbualan kita.

Tapi lepas tu baru tahu rupa-rupanya ‘seseorang’ yang kita bercakap dengannya tadi ada kat tempat lain. Jadi, siapa pula ‘seseorang’ yang berbual dengan kita tadi? Ah sudah, meremang bulu roma dibuatnya.

Inilah pengalaman seram yang dialami Naziera Afandi baru-baru ini. Suasana gembira mahu makan malam bersama ahli keluarga menjadi sedikit ‘terganggu’ apabila ada ‘makhluk’ lain yang berbicara dengan mereka.

Nak tahu kisah selanjutnya? Jom ikuti perkongsian Naziera di bawah ini.

Siapa yang menyahut tadi?

Kisah seram ringkas baru terjadi tadi.

Alkisah malam ni aku dan family nak dinner kat luar. Abang aku datang satu family dia ajak kami pergi makan. So, kami dua keretalah gerak. Sekali dengan mak aku. Mak tinggal sekali dengan aku dan husband.

Aku dan husband dah tunggu kat dalam kereta kat luar pagar, abang aku masih lagi dalam lot parking dalam pagar. Dari dalam kereta, aku memang tak nampak dah pintu rumah ke apa ke, sebab kami dah ada depan rumah jiran sebelah.

Mak aku masih lagi tengah bersiap dalam rumah, sedangkan kami semua anak-anak menantu dan cucu dah masuk dalam kereta.

Aku expect mak aku naik dengan aku sebab anak-anak abang aku ramai, jadi mungkin kereta sempit. Tapi abang aku still menunggu jugak dalam kereta maybe dia ingat mak naik dengan dia.

Dah dalam 5 minit menunggu, abang aku call aku, dia cakap dia nak gerak dulu sebab nak isi minyak. Aku cakap okay lah macam tu. Dia pun keluar dari parking lot rumah, then terus gerak.

Husband aku reverse sikit sebab nak tunggu mak aku kan. Tengok-tengok pintu kayu utama dah tutup, tapi pintu grill terbuka lagi.

“Eh, mak tak nak pegi ke?” aku tanya husband dan adik aku.

“Jap adik tengok,” adik aku jawab sambil turun kereta dan nak masuk rumah.

“Pintu kunci,” adik aku cakap.

Aku dah pelik, takkan mak dah naik dengan abang aku kot. Takkan tak tutup pintu rumah elok-elok. Adik aku pun jerit panggil mak.

“Mak ooo mak, mak pegi ke tak?”

“Pegi, kejap tengah siap ni!” mak aku menyahut dari dalam.

“Apesal kunci pintu ni?” adik aku tanya lagi.

Terus senyap dah takda suara mak. Mungkin mak tak dengar agaknya. Aku, husband dan adik terus jelah menunggu dalam beberapa minit.

Tiba-tiba, abang aku call,

“Korang kat mana? Uda dah siap isi minyak ni,”

“Kami tengah tunggu mak,”

“Tunggu mak? Mak ada ni dengan uda, mak naik kereta uda lah!”

Terus aku off call dan panggil adik aku naik kereta. Adik masuk je kereta terus aku cakap yang mak ada dengan uda. Adik pandang aku, aku pandang husband aku. Berpandanganlah kami sesama sendiri.

Ni dah selesai dinner, kami balik, tapi tak cerita apa pun kat mak. Kami simpan sendiri jelah. Mak cuma cakap, dia terlupa nak tarik pintu grill nak kunci tadi. Kami diam je.

Siapa yang menyahut dari dalam rumah tadi? Wallahua’lam. 

Kalau aku naik kereta dengan husband dan adik aku, mesti selalu kena kacau macam ni.

Sumber: Naziera Afandi melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.