Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Johor, Terengganu Beralih Ke Fasa Empat PPN Mulai Isnin – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa negeri Johor dan Terengganu akan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Bernama, peralihan tersebut akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Sementara itu, kes COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini agak meningkat berbanding semalam. Negara pada hari ini mencatatkan sebanyak 6,630 kes baharu COVID-19.

Pertambahan kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada  2,420,222 kes.

Untuk mendapatkan maklumat secara lebih terperinci berkenaan statistik penuh kes COVID-19, layari laman COVIDNOW.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.