Siakap Keli

“All About Family”, Vin Diesel Dilapor Jadi ‘Pengapit’ Anak Mendiang Paul Walker Berkahwin

Persahabatan di antara Vin Diesel dan mendiang Paul Walker sememangnya diketahui umum. Walaupun Paul Walker telah meninggal dunia pada tahun 2013, Vin sentiasa mengingati sahabat baiknya itu.

Terbaru, Vin dilaporkan menjadi pengiring, Meadow Walker, 22, dalam majlis perkahwinan di Republik Dominika awal bulan ini. Meadow merupakan anak perempuan Paul Walker.

Menurut Insider, beberapa orang pelakon “Fast and Furious” yang lain juga turut hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan itu.

Difahamkan, Vin yang juga telah menjadi ayah baptis Meadow telah mengiringi gadis itu dalam upacara khas yang meriah.

Meadow juga telah memuatnaik beberapa keping foto di Instagram miliknya yang memaparkan detik-detik indah ketika hari bahagianya. Dia yang kini seorang model profesional telah berkahwin dengan pelakon, Louis Thornton-Allan.

Terdahulu, pasangan itu telah mengumumkan mengenai hubungan mereka kepada media pada Julai tahun ini.

Sejak bapanya meninggal dunia, Meadow mengekalkan hubungan rapat dengan rakan bapanya daripada francais “Fast and Furious”.

Sumber: Insider,

Sofea

There's always another side to every story