Siakap Keli
Gambar: Allkpop

“Ex-Gf” Mohon Maaf, Rasa Bersalah Pendedahannya Jadi Punca Karier Pelakon Hometown Chachacha ‘Musnah’

Bekas kekasih Kim Seon Ho yang tidak diketahui identitinya membuat permohonaan maaf kerana tidak menyangka pendedahannya sebelum ini menyebabkan karier pelakon berkenaan ‘musnah’. Wanita berkenaan juga mendedahkan dia juga menerima permohonan maaf yang dibuat oleh bintang Hometown Chachacha.

Menurut Allkpop, pada Okt 20 bekas kekasih Kim Seon Ho, yang hanya dikenali sebagai ‘A’ memuat naik satu pernyataan yang menyatakan bahawa pelakon tersebut telah memohon maaf padanya. “Saya rasa ada salah faham yang berlaku antara kami berdua.”

‘A’ juga turut menyatakan rasa kesal dan serba salahnya melalui satu permohonan maaf yang dibuat kepada orang ramai.

“Saya mohon maaf kerana telah membuat ramai pihak terluka dan susah dengan kenyataan saya terdahulu. Saya berasa serba salah dan sedih melihatnya jatuh secara drastik disebabkan saya sedangkan, kami pernah mencintai satu sama lain dulu.”

Tambahnya lagi, ‘A’ juga tidak lagi mahu melihat informasi yang salah yang ditokok tambah dan jauh tersasar dari cerita sebenar tersebar. “Ataupun cerita berkenaan saya dan dia. Kerana saya terbeban sebab saya telah menyebabkan kesusahan pada ramai pihak.”

Ekoran dari kes ini, ‘A’ menerima banyak ugutan dari peminat dan orang ramai. Dia juga turut menerima ugutan bunuh dan serangan secara peribadi. ‘A’ menyatakan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi semua pertuduhan itu.

Menurut peguamnya, Lee Dong Hoon dan Jung Da Eun dari Firma Guaman Best Way, “Bagi melindungi ‘A’ yang bukan seorang selebriti, kami meminta semua untuk hentikan spekulasi dan fitnah terhadap beliau. Kami juga meminta wartawan berhenti menyiasat dan menghubungi ‘A’ untuk temu bual.

Kami akan melindungi ‘A’ sebaik mungkin dan kami akan mengambil semua tindakan undang-undang kepada semua tuduhan yang tak berasas terhadap ‘A’.”

Sumber: Soompi, Allkpop

Zahirah