Seorang remaja berusia 13 tahun yang berasal dari Jiangsu, China dilaporkan telah memasukkan jarum jahitan ke dalam lubag saluran kencing dan membiarkannya selama dua minggu.
Selepas mengadu sakit dan kencing berdarah, ibu bapanya terus bergegas membawanya ke sebuah hospital di Nanjing.
Setelah imbasan X-ray dilakukan, doktor telah menemui objek tersebut. Remaja itu mengakui bahawa dia sengaja memasukkan jarum tersebut ke dalam saluran kencingnya kerana rasa ingin tahu.
Doktor kemudiannya berjaya mengeluarkan jarum tersebut dalam operasi pembedahan yang memakan masa selama lebih dari satu jam.
“Dia datang ke sini kerana tidak tahan dengan rasa sakitnya. Kami menemui jarum itu setelah melakukan imbasan X-ray. Ianya sangat panjang dan cukup dalam,” kata doktor Guo Yunfei, yang merawat remaja itu.
Kerana tidak mahu kejadian yang sama terjadi, doktor mengingatkan kepada remaja berkenaan bahawa memasukkan sesuatu benda ke dalam saluran kencing boleh mendatangkan bahaya. Ianya kerana, objek asing ini boleh menyebabkan jangkitan dan pendarahan pada saluran tersebut.
Namun begitu, Yunfei menyatakan bahawa perkara itu sering terjadi dalam kalangan remaja yang sedang berkesperimen dengan tubuh mereka, terutamanya dalam temph perubahan fizikal.
“Kami menerima pesakit muda sepertinya setiap tahun dengan pelbagai kes aneh. Yang paling sering kami jumpa adalah kabel elektrik dan kabel earphone, bahkan ada juga jarum serta manik magnet,” sambungnya.
Guo Yunfei menegaskan bahawa perlunya pendidikan seks yang lengkap untuk kanak-kanak serta remaja di China. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa golongan ini sering kekurangan pemahaman asas tentang kesihatan reproduktif serta perkembangan fizikal berlaku ketika di usia remaja.
Sumber: Suara.com