Siakap Keli
Gambar: Pinterest & Aiman Haneff

(Video) “Tukar Rim Baru Tak ‘Kacau’ Waranti Kereta, Kecuali..,” Penjelasan Sales Advisor Ini Korang Kena Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila beli kereta baru, semangat nak ubah suai kereta tu sudah pasti membuak-buak kan. Dah nama pun kereta baru, mestilah kita rasa teruja. Kalau boleh bahagian luar dalam semua nak ‘hias’.

Maka ramailah pemilik kereta yang pasang macam-macam aksesori untuk mencantikkan lagi kereta masing-masing. Baik bahagian luar mahupun dalam, semua nak dipasangnya aksesori.

Salah satu aksesori kereta yang menjadi kegilaan ramai tak lain tak bukan adalah rim tayar atau sport rim. Sport rim ni pulak ada pelbagai saiz, warna dan rekabentuk mengikut selera pemilik kereta masing-masing.

Tapi kalau kereta baru ‘keluar’ boleh ke pasang sport rim? Tak ‘kacau’ waranti ke nanti?

Menjawab persoalan berkenaan, penasihat jualan Perodua dikenali sebagai Aiman Haneff ini tampil memberi perkongsian. Menurut video yang diunggah Aiman di laman TikToknya, tukar rim pada kereta baru tak jadi masalah.

Tapi kalau pemilik kereta ‘usik’ komponen dalaman macam absorber, lima tahun waranti kereta baru ni mungkin akan terbatal atau void. Pun begitu, jika rim yang ditukar tak sama saiz dengan rim asal hingga menyebabkan absorber rosak, berkemungkinan waranti korang akan void tiga tahun.

Nak tahu lebih lanjut, ikuti video penuh yang dikongsikan di bawah.

@aimanhaneff

Reply to @awaangz tukar rim tiada masalah,jika usik barang dalam contohnya absober akan avoid 5 years warranty 😊👍🏻

♬ original sound – Perodua Melaka Aiman – Perodua Melaka Aiman

@aimanhaneff

Reply to @fareezfitri6 Betul bang ,maaf saya explain haritu tak berapa nk details sangat ,so harini saya ada masa saya explain sikit ya 😊

♬ Oh No – Kreepa

Sumber: Aiman Haneff

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.