Siakap Keli

Seronok Tengok Kambing Tak Ada Masalah, Kisah Lelaki Nekad Jadi Kambing Gara-gara Hidup Tertekan Jadi Manusia

Bila dah namanya kehidupan, kita semua pasti tidak akan terlepas dari dibelenggu dengan perasaan tertekan. Namun, lain orang lain caranya untuk mengatasi tekanan tersebut.

Ada sesetengah orang yang melakukan aktiviti atau hobi kegemaran dan ada juga yang suka mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu dan ‘luar biasa’.

Seperti kisah seorang pereka grafik dan penulis dari Britain, Thomas Thwaites yang telah memutuskan untuk menjadi seekor kambing. Pernah tular beberapa tahun lalu, lelaki itu dikatakan tertekan dengan hidupnya pada ketika itu sehingga membuatkannya digelar sebagai GoatMan.

Menerusi wawancaranya bersama Vogue, Thomas mengatakan bahawa dia melalui tempoh waktu yang sukar membabitkan hubungan percintaan, kerjayanya dan masalah hutang. Ideanya untuk menjadi kambing bermula setelah dia melihat seekor anjing yang bermain-main dengan girang tanpa memikirkan sebarang masalah.

“Saya melihat anjing itu sedang bergembira dan mengatakan ‘awak sangat bertuah, awak tidak perlu memikirkan masalah’,” katanya.

Selepas melakukan persediaan selama berbulan-bulan, Thomas akhirnya berjaya mencapai impiannya untuk menjadi kambing iaitu dengan menyertai kawanan kambing di kawasan pergunungan Switzerland.

Menariknya, dia juga telah mencipta pakaian khusus untuk tujuan itu iaitu sepasang kaki kambing dan usus kambing buatan manusia yang boleh menghadam rumput untuknya.

Thomas juga telah menulis satu buku yang bertajuk GoatMan: How I Took A Holiday From Being Human. Di dalamnya, dia menceritakan satu persatu mengenai pengalamannya menjadi seekor kambing.

Sumber: Vogue, New York Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.