Satu rakaman menyeramkan berjaya dirakam kamera CCTV di sebuah gimnasium yang didakwa berlaku di Colombia telah menjadi tular.
Dala video tersebut, seorang lelaki yang sedang fokus bersenam secara tiba-tiba kelihatan seperti diseret oleh sesuatu.
Bersenam di gym adalah perkara kebiasaan yang dilakukan sesetengah orang. Namun bagaimana jadinya jika rutin sihat tersebut berubah menjadi satu insiden yang menyeramkan.
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Colombia ketika dia sedang fokus bersenam di gym secara bersendirian di siang hari.
Video tular tersebut telah dikongsikan oleh satu akaun TikTok bernama @carlosruizoficiall. Dalam video itu terlihat seorang lelaki berbaju hitam sedang memanaskan badannya sebelum diganggu oleh sesuatu yang didakwa sebagai makhluk halus.
Tidak lama selepas lelaki itu selesai memanaskan diri, dia mula menyedari bahawa barang-barang di sekelilingnya bergerak dengan sendiri. Sebuah alatan senaman yang berbentuk bola juga turut bergerak betul-betul dihadapannya seakan ada orang yang menggulingkannya.
Pada ketika itu, lelaki tersebut sudah mula berasakan bahawa ada yang tidak kena dan memutuskan untuk pergi meninggalkan tempat itu. Namun semasa dia sedang bersiap untuk pergi, kakinya dapat dilihat seakan ditarik dan diseret oleh sesuatu yang tidak kelihatan.
@carlosruizoficiall #viral #parati #fy #foryou #paranormal like y subo la 2da parte 🤯🤯🤯🤯🤯
Terkejut dan ketakutan oleh kerana insiden itu, lelaki berkenaan terus berdiri dan bergegas turun ke tingkat bawah sambil meninggalkan barang-barangnya di tempat tersebut.
Dalam video yang berikutnya, lelaki itu dilihat memberitahu seorang staf di tingkat bawah bagi menjelaskan berkenaan apa yang baru sahaja terjadi kepadanya.
@carlosruizoficiall
Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut, namun ianya telah menjadi tular di media sosial.
Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 15 juta kali.
Sumber: Detik.com