Teka-teki nasib Ole Gunnar Solskjaer telah dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi Manchester United, apabila mereka bersetuju untuk mengekalkan Ole sebagai pengurus United untuk perlawanan menentang Tottenham Hotspurs sabtu ini.
Keputusan untuk mengekalkan Ole ini juga disokong kat oleh bekas pengurus terbaik United sepanjang zaman, Sir Alex Ferguson yang dari awal menyatakan sokongan agar pengurus kelahiran Norway itu kekal dan diberi peluang sekali lagi.
Ole juga dilaporkan telah bercakap dengan para pemain dan perlawanan seterusnya akan menjadi lebih rumit buat Ole kerana bakal bertemu antara pesaing terkuat di Liga Inggeris termasuk menentang jiran mereka, Manchester City
Nasib Ole Gunnar Solskjaer mula menjadi tanda tanya apabila teruk dibelasah Liverpool di Old Trafford sehingga sebahagian penyokong hilang sabar dan berlalu keluar tinggalkan stadium pada awal babak kedua.
The decision from main part of Manchester United board is now confirmed/approved. My understanding is Ole Gunnar Solskjær will definitely be in charge for Tottenham game on Saturday 🔴 #MUFC
Ferguson supported him. Ole also spoke to players today. Next games will be crucial. pic.twitter.com/rx7TrnMw5K
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 26, 2021
Sumber: Fabrizio Romano