Siakap Keli
Kredit: TikTok Chai Merican

(Video) Dah Siap Cantik-cantik Nak Keluar, Gadis & Ibu ‘Pasrah’ Pagar Automatik Tak Boleh Buka Sebab Tiada Elektrik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rumah-rumah sekarang selalunya dilengkapi dengan pagar elektrik atau kita panggil pagar automatik. Pagar sebegini mudah dan boleh mempercepatkan proses untuk kita keluar rumah kerana dengan hanya tekan butang ‘buka’ pagar dah terbuka luas dan kita boleh undur kereta.

Namun, bagaimana pula jika bekalan elektrik terputus? Adakah kita tak boleh guna pagar tersebut? Kalau macam tu bagaimana kita nak keluar rumah? Begitulah perkongsian pengalaman mencemaskan yang dikongsikan oleh akaun TikTok Chai Merican ini.

Menerusi video tersebut, wanita ini berkongsikan pengalaman beliau semasa bekalan elektrik terputus.

Aduh tiba-tiba tak ada elektrik. Nak keluar rumah macam mana ni.

Kau dah bersiap nak keluar, tiba-tiba rumah kau tak ada elektrik. Dah tak boleh nak buka pagar, kata wanita itu.

Kami dah try buka pagar manual tapi ketat gila-gila, memang tak boleh pulas pun tadi. Kami takut rosak pula kami buat.

Begitulah kapsyen wanita itu di ruangan komen. Wanita itu bersama-sama ibunya sudah cuba untuk membuka pagar auto tersebut secara manual tetapi terlalu ketat.

@chaimerican

aduhhhh… tiba2 takdak letrik! nak keluar rumah mcm mana hahahah #meandmama #esekeli #fyp

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Video yang memperoleh jumlah tontonan lebih daripada 300 ribu itu turut mendapat perhatian ramai yang membuat pelbagai reaksi di ruangan komen. Kebanyakan warganet turut berkongsikan pengalaman mereka dan memberi cadangan untuk menggunakan powerbank.

Kredit: TikTok Chai Merican
Kredit: TikTok Chai Merican
Kredit: TikTok Chai Merican

Ada juga warganet yang berseloroh setelah menonton video tersebut.

Kredit: TikTok Chai Merican
Kredit: TikTok Chai Merican

Sumber: TikTok Chai Merican

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.