Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cristiano Ronaldo Umum Di Instagram, Teman Wanita Mengandung Anak Kembar

Eyla Azri
Gambar: Christiano Ronaldo

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo melalui laman Instagramnya sebentar tadi mengumumkan berita gembira kepada para peminatnya. Melalui hantaran Instagram tersebut, Ronaldo memaklumkan bahawa teman wanitanya Georgina Rodriguez kini sedang hamil anak kembar.

“Suka saya maklumkan, kami kini sedang menunggu kehadiran anak kembar.

“Kami sangat gembira dan tak sabar menanti kehadiran kamu berdua,” tulis Ronaldo dalam hantarannya bersama imej ujian ultrasound sang isteri. Ronaldo turut mengunggah foto anak-anaknya yang tersenyum riang, mungkin turut senang dengan kehadiran dua adik baru mereka.

Berita baik yang disampaikan Ronaldo ini turut mendapat ucapan tahniah dari warga net yang turut berkongsi kegembiraan dengan pengumuman tersebut.

Sumber: Cristiano Ronaldo