Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: Google

Nak Urus Kewangan Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ikuti Langkah Semudah ABC Ni, Siap Dapat ‘Hadiah’ RM80K Lagi

Dah hampir dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara kita, kan? Boleh dikatakan semua golongan daripada T20 hinggalah ke B40 sangat terkesan dengan impak ekonomi. Kesannya, ramai yang menderita dihimpit masalah melibatkan kewangan.

Yang dulunya tauke kilang, kini segalanya hampir ‘hilang’. Yang dulunya CEO syarikat, kini nak makan pun terpaksa ‘ikat’. Ada suami yang hilang kerja, ada suri rumah yang terpaksa berniaga dan bermacam-macam lagi senario ekonomi yang menyesakkan. Malah ada yang terpaksa buat jenayah untuk dapatkan duit.

Namun, hari ini negara sedang menuju ke fasa endemik. Dalam masa sama, ekosistem kewangan pun dipercayai sudah mulai pulih perlahan-lahan. Mana yang pernah berduka satu ketika dahulu, kini boleh kembali ‘bernafas’ semula.

Tapi nak bina semula pengurusan kewangan bermula dari ‘0’ bukanlah mudah, kan? Kita semua perlukan panduan untuk keluar daripada kemelut ekonomi. Cuma mungkin ramai yang tidak tahu, apakah solusi terbaik untuk misi ‘pemulihan’ ni.

Tenang kawan-kawan. Percaya atau tak, sebenarnya ada satu jalan terbaik untuk kita semua kembali ke landasan. Bukan saja tentang menguruskan kewangan, malah ada banyak lagi solusi lain yang boleh bantu kita. Nak tahu apa caranya?

Jom sertai Bulan Literasi Kewangan 2021!

Financial Education Network (FEN) ada menganjurkan program Bulan Literasi Kewangan 2021 (BLK2021) bermula 29 hingga 31 Oktober ini. Program ini membawa tema Tentukan Hala Tuju Kewangan Anda: Jaga Diri & Bertindak Dengan Bijak.

BLK2021 ini bertujuan untuk memberi sokongan dan panduan kepada korang ketika melalui tempoh kewangan yang mencabar kini. Percaya atau tidak, melalui BLK2021 ini korang akan dibantu untuk mempraktikkan teknik pengurusan kewangan yang baik, selain mampu menguruskan hutang serta melindungi ‘poket’ daripada terjerat dengan jenayah scam!

Apa yang BLK2021 bawakan?

Terdapat empat misi yang BLK2021 bawakan untuk korang, iaitu seperti yang dinyatakan di bawah ini:-

1) Memberi sokongan mengenai pendidikan tentang kewangan dan panduan semasa melalui tempoh mencabar, termasuk klinik khidmat nasihat kewangan.

2) Meningkatkan nilai kesedaran dalam pengurusan kewangan.

3) Menggalakkan korang untuk mengamalkan amalan pengurusan wang dengan penuh tanggungjawab, termasuklah pengurusan risiko seperti perlindungan insurans serta pilihan lain untuk menangani masalah korang.

4) Menyediakan maklumat dan akses melalui latihan dan platform menjana pendapatan alternatif serta inisiatif program meningkatkan kemahiran. Best kan?

Apa yang ada sepanjang BLK2021 ni?

Ada TUJUH elemen menarik yang korang WAJIB cuba sepanjang BLK2021 ini berlangsung. Jom tengok satu persatu:-

1. Klinik nasihat kewangan secara maya

  • Program klinik maya ini melibatkan sebanyak 22 buah bank!
  • Ia bertujuan membantu peminjam yang terjejas untuk berhubung dengan bank-bank mereka secara maya melalui platform ‘one-to-one’ bagi mendapatkan nasihat kewangan serta membincangkan pilihan bantuan pembayaran balik pinjaman mereka

2. Webinar bersiri

  • Turut dijalankan webinar menarik menyentuh topik tentang pengurusan kewangan peribadi untuk golongan muda, ibu bapa, keluarga, belia, perusahaan SME mikro dan pekerja gig
  • Antara topik yang dibawakan adalah mengenai insurans, perlindungan pendapatan dan bagaimana cara untuk menjana pendapatan sampingan, kesihatan mental dan kewangan, pengurusan kewangan untuk kanak-kanak dan banyak lagi!
  • Panel-panel pula didatangkan daripada pakar-pakar dalam industri seperti CEO Grab Malaysia, Sean Goh; CEO Ringgitplus, Hann Liew; CEO GoGet, Francesca Chia; pakar motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan ramai lagi!

3. Pameran maya

  • Melibatkan lebih 30 peserta pameran
  • Platform khusus tentang pelbagai nasihat dan petua pendidikan kewangan, program peningkatan kemahiran serta peluang menjana pendapatan alternatif

4. Ruangan kanak-kanak

  • Penuh dengan pendidikan kewangan yang menyeronokkan, dijalankan dalam program online, aktiviti dan kuiz menarik

5. Perancangan kewangan

  • Sesi konsultansi secara ‘one-to-one’ dengan perancang kewangan berlesen secara PERCUMA

6. Pameran jenayah kewangan

  • Untuk meningkatkan kesedaran terhadap aktiviti jenayah scam yang berleluasa, khususnya kes transaksi wang haram melalui ‘mule account’ (akaun ‘keldai’)
  • Bertujuan untuk mendidik orang awam supaya berjaga-jaga dan tidak menjadi mangsa seterusnya

7. Cabutan bertuah

  • Peluang terbaik untuk korang berpeluang memenangi e-baucar yang bernilai sehingga RM80,000!

Bestnya! Macam mana nak join BLK2021 ni?

Jangan lepaskan peluang! Jom ramai-ramai sertai BLK2021 ini dengan mendaftar secara PERCUMA di www.fenetwork.my/flm2021. Ikuti juga perkembangan BLK2021 ini melalui laman Facebook Financial Education Network atau Instagram @myfenetwork sekarang!

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.