Siakap Keli

“Tak Ada Ke Untuk Orang Bujang?” Tengku Zafrul Umum BKM RM350 Untuk Golongan Bujang

Seusai Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, ramai golongan bujang yang tertanya-tanya dan tak kurang juga ada yang marah serta merajuk kerana tiada bantuan untuk golongan bujang disebut dalam pembentangan itu.

Tengku Zafrul dalam kemaskini terbaru Facebooknya juga menerima soalan yang sama, tak ada ke untuk bujang? Sebab dalam skim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya bantuan isi rumah sahaja yang disebut.

“Adaaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat,” jawab Tengku Zafrul

Tengku Zafrul juga turut memuatnaik infografik penuh Bantuan Keluarga Malaysia dan golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah layak menerima bantuan RM350.

Sumber: Tengku Zafrul

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)