Siakap Keli
Gambar: Bernama

Bajet 2022: 4.8 Juta Bujang Bakal Terima BKM Bernilai RM8.2 Bilion

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu siaran media petang tadi menjelaskan bahawa bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak.

Dalam siaran tersebut, MOF juga berkongsikan agihan bantuan yang bernilai RM8.2 bilion tersebut:

MOF turut menjelaskan bahawa BKM telah ditambahbaik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih tumpuan. Antara pembaharuan yang dimaksudkan adalah:

  1. Bayaran sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.
  2. Bagi ibu tunggal dalam menyara anak-anak, selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan dan tiada sumber pendapatan tetap.
  3. Bantuan tambahan RM300 lagi diberi kepada isi rumah  warga emas.

Secara keseluruhannya, BKM pada tahun hadapan akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

 

Aireena Marizan