Suami bukan saja bertanggungjawab mencari nafkah kepada isteri dan anak-anak tetapi turut memainkan peranan menguruskan segala hal dalam rumah tangga. Walaupun sibuk dengan kerja, ada sesetengah suami yang ringan tulang membantu isteri menyelesaikan keperluan di rumah termasuk membasuh, menjemur dan menggosok baju.
Bagus tu memanglah bagus tetapi jangan tersilap langkah pula ya sebab nanti mungkin boleh ‘memakan diri’. Manakan tidak, wanita kebiasaannya mempunyai pelbagai jenis pakaian yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Kalau nak tolong gosok baju isteri, tanya dulu bahagian mana yang perlu dan tidak perlu digosok, takut nanti jadi macam Muhammad Nazmi ini.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Nazmi meluahkan rasa ‘cuak’ apabila telah tersilap menggosok dress bercorak pleated milik isterinya. Mungkin dia menggosoknya kerana baju itu kelihatan seperti berkedut.

Semua nak digosok
“Ah,, habis la..Mana la aku tau.. tiber rajin sangat kan, semua nak di gosok.
“It’s time to pull the “b your handbag ni macam dah lama la, meh me belikan handbag baru, hehehe” card,” kata Nazmi menerusi perkongsian itu.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Nazmi mengatakan bahawa dia menggunakan taktik membelanja isterinya makan terlebih dahulu sebelum memberitahu mengenai pakaian tersebut. Menurutnya, isterinya speechless selepas mendapat tahu mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsiannya itu dan menyenaraikan barangan yang boleh dibeli untuk memujuk isterinya.
Keronyok balik
Memang dah tak ada ubat nya
Pujuk dengan gelang emas
Suami kena tahu pakaian trend semasa
Sumber: Muhammad Nazmi