Siakap Keli

“Kehadapan Suami Tersayang, Ingatlah Tanggungjawabmu Bukan Sekadar Makan, Minum, Pakaian Dan Rumah”, Surat Buat Suamiku Kaki ‘Gamers’

Zaman sekarang ni semua bergantung dengan peranti.  Kalau tak pegang telefon, memang tak sah.  Tipulah kalau ada yang bangun tidur tak tengok telefon, masuk toilet tak bawa telefon sebab sambil memandu pun ada yang masih gatal tangan main telefon. Bahaya betul la korang ni.

Tanpa sedar, impak peranti seperti telefon pintar ini sangat memudaratkan keselamatan jika tak diuruskan dengan baik.  Belum lagi kita bercerita trend permainan video melalui telefon pintar dimana bukan sahaja mempengaruhi golongan remaja, malah bapa budak turut menjadi sasaran.

Ramai diantara mereka yang gemarkan permainan video melalui telefon pintar ini mengatakan bahawa dengan cara itu, mereka dapat menghilangkan stress bekerja sambil mengisi waktu kosong.  Tak dinafikan, permainan video tersebut dapat memberikan kepuasan serta menguji kredibiliti pemain, tapi dalam masa yang sama, keburukannya tetap ada.

Para suami khususnya, ketagihan permainan video ini sangat merbahaya buat korang kerana ia boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara suami isteri serta timbul rasa kurang hormat antara satu sama lain.  Oleh kerana terlalu asyik bermain, suami secara tak langsung akan kurang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan mengabaikan tanggungjawab sehingga anak pun terabai.

Gambar Hiasan

Surat buat suami ini dicoret seorang isteri yang kecewa dengan sikap suami kaki games sehingga melalaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim, suami dan bapa.  Kalau tanggungjawab solat 5 waktu pun berani kita tinggal, apatah lagi tanggungjawab lain kan?  Semoga bermanfaat.

Sumber: IIUMC

Nur Farra