Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Kayuh Basikal Seorang Diri Dalam Gelap, Suami Isteri Baik Hati Teman Hingga Ke Rumah Neneknya

Kayuh basikal seorang diri
Kredit: @nurazlieyna
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dalam kehidupan seharian, masih ramai individu yang prihatin dan tidak teragak-agak menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, meskipun tidak mengenali antara satu sama lain.

Kadangkala, pertolongan kecil yang diberikan kepada orang lain mampu membawa makna besar, lebih-lebih lagi ketika seseorang itu berdepan kesukaran.

Begitulah kisah seorang remaja yang mencuri perhatian selepas videonya mengayuh basikal pada waktu malam ditemani sepasang suami isteri tular di media sosial.

Kayuh Basikal Seorang Diri Tengah Malam, Pasangan Suami Isteri Tampil Bantu Remaja Undang Sebak

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, @nurazlieyna, kelihatan seorang remaja lelaki sedang mengayuh basikal di sebuah jalan yang agak gelap.

Menurut perkongsian tersebut, pasangan suami isteri berkenaan pada mulanya hampir terlanggar remaja itu kerana keadaan jalan yang gelap.

Mereka kemudian menyedari keadaan remaja berkenaan sebelum mengambil keputusan untuk menghulurkan bantuan.

Menurut Nur Azlieyna kepada SK, remaja berusia 17 tahun itu memaklumkan bahawa dia merupakan pelajar tahfiz dan memulakan perjalanan dengan mengayuh basikal dari UiTM Jengka untuk pulang ke rumah neneknya yang terletak di Jengka 5.

Lebih menyayat hati, dia difahamkan sudah mula mengayuh sejak selepas Maghrib, namun hampir pukul 10 malam masih belum tiba di rumah.

Melihat keadaan pakaian dan begnya yang kotor, pasangan itu mengesyaki remaja berkenaan mungkin terjatuh ketika cuba mengelak kenderaan seperti kereta dan lori yang lalu-lalang, memandangkan basikalnya tidak mempunyai lampu.

“Rasanya dia jatuh kot mengelak kereta lori lalu sebab basikal dia takde lampu, tengok daripada kesan baju beg dia pun semua kotor macam jatuh,” tulisnya.

Mereka turut menawarkan untuk menghubungi ibu bapanya, namun remaja itu tidak mengingati nombor telefon mereka.

Tidak membiarkannya meneruskan perjalanan seorang diri, suami kepada pemilik video kemudian membantu menolak basikal remaja tersebut sehingga ke Jengka 5.

Ruangan komen dibanjiri doa, ramai teringat anak sendiri

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang tidak dapat menahan sebak apabila melihat situasi berkenaan.

Seorang pengguna, @fauziah80_, mengakui tersentuh mengenangkan anaknya sendiri.

Tidak ketinggalan, pengguna @im.madam.n turut menitipkan doa agar remaja berkenaan terus diberikan perlindungan dan dipermudahkan urusannya.

Malah, dia turut mendoakan pasangan suami isteri yang menghulurkan bantuan itu agar sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki.

Sementara itu, @shcateringmelaka turut berharap agar remaja berkenaan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Kisah tersebut bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah memperlihatkan keprihatinan pasangan suami isteri yang sanggup menghulurkan bantuan kepada remaja berkenaan.

Semoga remaja itu terus diberikan perlindungan dan dipermudahkan segala urusannya.

Tidak dilupakan, semoga pasangan suami isteri yang prihatin itu sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik serta dilindungi Allah SWT atas kebaikan yang telah dilakukan.

Intipati
  • Seorang remaja lelaki dilihat mengayuh basikal di jalan gelap pada waktu malam.
  • Remaja itu memaklumkan dia pelajar tahfiz dalam perjalanan dari UiTM Jengka ke Jengka 5.
  • Pasangan suami isteri membantu menolak basikalnya dan menerima pujian pengguna media sosial.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan