Seorang pemilik rumah cemas apabila menemui beberapa kesan tompokan berwarna merah dipercayai darah di bawah permaidani di kediamannya, lapor Daily Mail.
Difahamkan, rumah lot yang baru dibelinya di Salt Lake City, Utah itu telah dibina pada 1911 lalu dan usianya kini mencecah kira-kira 110 tahun.
Pada awalnya, pemilik itu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengubahsuaian, namun masalah mula berlaku kira-kira dua hari kemudian.
“Di situ semacam ada sesuatu yang mengejutkan buat kami. Kami menemui beberapa kesan mencurigakan di bawah permaidani berwarna hijau.
“Pada mulanya kami tidak pasti itu benda apa. Tapi makin banyak kami jumpa, makin kami syak ia adalah darah. Semacam..kesan darah yang mencurigakan,” katanya.
Justeru, mereka melaporkan penemuan ‘misteri’ itu kepada pihak polis untuk dijalankan siasatan.
Pihak polis mengesahkan, hasil siasatan awal mengesyaki tompokan merah tersebut dipercayai merupakan kesan darah, namun tidak dipastikan sama ada darah haiwan atau manusia.
Selain itu, di rumah itu juga terdapat beberapa lukisan pelik diconteng di beberapa bahagian dinding yang menyerupai imej orang lidi, matahari, haiwan bertanduk, syaitan dan banyak lagi.
Malah di bahagian siling pula terdapat beberapa objek tajam yang melekat dan muncungnya menghala ke bawah seakan-akan stalagtit di lelangit gua.
Dalam pada itu, pemilik rumah berkenaan turut memuat naik rakaman penemuan ‘misteri’ itu ke akaun TikToknya @house.ofthe.rising.sun sebelum tular dan menjadi perbualan ramai.
@house.ofthe.rising.sunReply to @house.ofthe.rising.sun The officer said she would check for any cases linked to the house before testing anything ##foryou ##crimetok♬ Pink Soldiers – 23
Sumber: Daily Mail