Siakap Keli
Gambar: PHM & Google

Boleh Kena Saman Kalau Rosak, Ini Kepentingan Lampu Brek Ketiga Kereta Anda Perlu Tahu

Macam yang kita tahu, cuaca di Malaysia sekarang ni kerap hujan lebat, terutamanya pada waktu malam. Dalam keadaan cuaca buruk seperti ini, pengguna jalan raya berdepan risiko tinggi kerana jarak pandang yang berkurang.

Oleh itu, penggunaan lampu brek sangat penting ketika hujan lebat agar pengguna jalan raya yang lain boleh nampak kenderaan anda di hadapan mereka dan mengelak berlaku perlanggaran dalam keadaan penglihatan yang kurang jelas.

Bagi pemandu kereta, adalah sangat penting untuk anda memastikan lampu brek ketiga berfungsi dengan baik dalam keadaan ini. Lampu brek ketiga ini juga sering disebut sebagai lampu brek tengah, lampu brek paras mata atau tinggi dan lampu brek keselamatan.

Gambar via Google

Mungkin ramai pemandu yang terlepas pandang kepentingan lampu brek ketiga ini, mengingatkan masih ada lampu brek kiri dan kanan.

Pun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, mata kita hanya boleh fokus di tengah dan keadaan sekitar biasanya kabur. Maka pengguna jalan raya selalunya tak perasan kereta di depan sedang brek jika lampu brek ketiga kereta berkenaan tak berfungsi.

Kenderaan yang tidak mempunyai lampu brek ketiga berisiko tinggi untuk dilanggar kenderaan lain dari belakang. Lampu brek ketiga ini juga yang membezakan antara lampu brek dengan lampu malam supaya pengguna jalan raya lain tak keliru.

Wiring rosak, lampu atau fuse terbakar seringkali menjadi punca kepada kerosakan lampu brek ketiga. Maka sangat penting untuk pemilik kenderaan memeriksa lampu brek ketiga ini.

Anda boleh memeriksa lampu brek berkenaan dengan meminta bantuan orang lain untuk melihat sama ada brek berfungsi atau tidak dengan anda menekan brek pada waktu yang sama.

Pusat servis kenderaan juga bertanggungjawab melihat kerosakan ini dan memaklumkan kepada pemilik kenderaan sekiranya lampu brek ketiga perlu diganti.

Selain berisiko dilanggar, memandu dalam keadaan lampu brek ketiga yang rosak juga boleh dikenakan saman dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber: Public Health Malaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.