Akad nikah merupakan momen paling bermakna yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Debaran yang dirasai pada hari itu sememangnya sangat sukar untuk digambarkan terutama apabila terlafaznya akad yang suci.
Namun, debaran yang dirasai itu juga kadangkala menimbulkan detik lucu yang boleh mengundang tawa.
Seperti kejadian yang tular di Indonesia ini yang memperlihatkan seorang pengantin wanita yang terlalu gugup sehingga tersilap menyebut nama bakal suaminya.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok, pengantin wanita itu dilihat sedang meminta restu dari kedua ibu bapanya untuk menikah. Suasana yang pada awalnya sayu bertukar menjadi riuh apabila tetamu yang hadir tidak dapat menahan ketawa apabila pengantin wanita itu tersasul menyebut nama bakal bapa mentuanya.
Ia sememangnya tidak disengajakan kerana wanita itu mengaku terlalu gugup sehingga tersilap menyebut nama, lapor Liputan6.
“Bismillahirrahmanirrahim, Bapak dan Ibu, pada saat ini saya memohon izin, mohon restu, mohon dinikahkan, diwalikan, dengan kekasih saya yang bernama Slamet Wiyono,” ucapnya ketika itu.
@tsr616 Gugup segugup nya 😭😭 salah sebut nama, ada yg pernah begini? 😂 @semuaharustau @djbonbonremix @fyp @kreasikue @tiktoktainment @dearlangit
Sebelum melanjutkan ucapannya, wanita itu dilihat sempat berhenti sebentar dan kemudian tertawa kecil.
Lebih melucukan, wajah si pengantin lelaki nampak kebingungan setelah nama itu disebut.
Menyedari mengenai kekeliruan itu, pengantin wanita memohon maaf kepada seluruh hadirin dan meneruskan semula ucapan permohonan restu kepada kedua ibu bapanya dengan menyebut nama yang betul.
Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 4.5 juta tontonan dan dihujani dengan komen netizen yang turut terhibur melihat gelagat pengantin wanita itu.