Siakap Keli
Gambar: sahabatsurga

(Video) Hitung Hari Menuju Detik Bahagia, Gadis Cuba Tabah, Bakal Suami Meninggal Dunia 16 Jam Sebelum Pernikahan

Bagi pasangan kekasih yang hendak berkahwin, sudah pastikan detik-detik sebelum bernikah dinanti-nantikan. Hari demi hari menghitung masa dengan perasaan teruja dan gembira. Namun, perancangan Allah adalah melebihi daripada segala-galanya.

Seperti video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @papiule ini. Video berkenaan detik-detik sebelum majlis perkahwinannya berlangsung telah menjadi tular.

Ianya kerana video tersebut memaparkan kisah yang sepatutnya berakhir dengan kegembiraan namun bertukar menjadi duka selepas bakal suaminya meninggal dunia ketika di saat-saat akhir menjelang hari bahagianya.

Dalam video tersebut, gadis itu kelihatan sangat gembira untuk meraikan hari perkahwinannya. Bermula dari H-5 dengan wajah yang berseri-seri hingga H-2, mereka telah melakukan segala persiapan sebelum menikah.

Namun pada H-16 jam sebelum bernikah, calon suaminya yang bernama Dzulfikar Attras telah menghembuskan nafasnya terakhir. Gadis tersebut cuba untuk menjadi kuat di majlis pengebumian Dzulfikar.

Pengebumian, yang juga turut dihadiri oleh Wedding Organizer dan keluarga si mati, semakin kelihatan hiba apabila gadis tersebut memegang batu nisan calon suaminya itu serta memeluk mahar yang akan diterimanya pada majlis perkahwinannya.

Detik hiba semasa proses pengkebumian itu juga telah membuatkan ramai warganet tersentuh. Ramai warganet yang terkesan selepas menonton video berkenaan memberikan kata-kata semangat kepada gadis tersebut.

Sumber: Liputan 6

Aqmal Ezany

I write what is right