Siakap Keli

Syamsul Yusof Perlu Cadangan 2 Pelakon Nak ‘Berentap’ Dengan Malik, Jai Dan Shark Dalam KL Gangster 3

Beberapa bulan sebelum ini, pengarah terkenal Syamsul Yusof pernah mengumumkan bahawa beliau akan menerbitkan sekuel KL Gangster yang terbaru dan terakhir iaitu KL Gangster The Finale.

Antara pelakon-pelakon yang sudah pasti akan membarisi filem sekuel ini ialah Aaron Aziz sebagai Malik, Adi Putra sebagai Jai dan Syamsul Yusof sendiri sebagai Shark.

Dalam kiriman terbaru instagram pengarah tersebut, beliau memerlukan cadangan orang ramai siapa pelakon yang sesuai untuk berentap dengan Malik, Jai dan Shark. Syamsul mencari dua pelakon yang sesuai untuk membarisi filem baharunya itu.

Secara peribadi, SK mencadangkan Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim berdasarkan lakonan mereka dalam siri KL Gangster Underworld musim 1 dan 2.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sumber: Syamsul Yusof

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)