Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Perlis, P.Pinang, Perak, Sabah dan Kedah Beralih Ke Fasa 4 PPN Bermula 8 November 2021

Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) melalui laman sosial rasmi hari ini memaklumkan, lima negeri Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan beralih ke Fasa 4, berkuatkuasa 8 November 2021.

Lima negeri tersebut adalah Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah. Negeri Perlis beralih ke Fasa 3 PPN sejak 4 Ogos lalu manakala empat lagi negeri beralih ke Fasa 3 pada 18 Ogos 2021.

Setelah kelima-lima negeri ini beralih ke Fasa 4 pada 8 November, hanya tinggal dua lagi negeri yang berada di Fasa 3 PPN iaitu Sarawak dan Kelantan. Manakala kesemua negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia akan berada di Fasa 4 PPN mulai 8 November kecuali kedua negeri berkenaan.

Sumber: MKN

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.