Siakap Keli

Tingkat Kebolehpasaran Graduan, 72 Mahasiswa Sertai Kursus Perniagaan

Shah Alam – Seramai 72 orang mahasiswa dari pelbagai latar belakang institut pendidikan menyertai  kursus perniagaan demi meningkatkan kebolehpasaran graduan di Malaysia. Kursus “YOSH Business Training” anjuran YOSH MyFundAction yang berlangsung dari 9 Ogos sehingga  1 November ini telah menerima maklum balas yang sangat baik dari kalangan peserta.

Gambar 1 Slot Introduction to Business Operation bersama Azlan Huzaifa, CEO Huzaifa Studio

Menurut Muhammad Aidi Farhan, 20, mahasiswa Universiti Teknologi Petronas, kursus perniagaan seperti ini sememangnya sangat baik dalam menjadikan saya seorang graduan berkualiti suatu hari  nanti.” 

Aidi yang kini mempunyai perniagaan servis komputer dan membekalkan komponen robotik berkata,  “untuk menjadi pilihan majikan suatu hari nanti, kredibiliti dan kebolehan saya dalam gerak kerja perlu  jadi ukuran. Semakin baik saya mengurus perniagaan, semakin cerah masa depan saya. 

Gambar 2 Aidi bersama peserta yang lain dan penceramah merangkap CEO MyFundAction, Afiq Nazary

Selain Aidi, Mohammad Amjad Haziq Mohd Ashari, 23, mahasiswa Malaysia di Mesir, “terdapat  pelbagai pendedahan baharu yang saya dapat dalam program ini. Sesuai untuk penggerak perniagaan  yang baharu sehingga yang sudah senior” 

Kalau kita masuk kelas di luar, memang mahal. Tapi di sini, semua sudut perniagaan diperjelas dengan  sangat terperinci dan percuma,” tambahnya lagi. 

Manakala menurut Maryam Humaira Zaiden, 20, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, “saya sebagai  pelajar yang baru sahaja memulakan perniagaan ini sememangnya sangat memerlukan program  seperti ini untuk membesarkan perniagaan saya.” 

“Saya sedang membekalkan keperluan pelajar seperti jersi, peralatan klinikal, kot makmal dan pakaian  bengkel, saya nampak jalan untuk nak tarik lebih ramai pelanggan berdasarkan Business Model  Canvas, cara pemasaran yang pelbagai dan cara untuk membina pasukan yang bersungguh dalam  perniagaan.” 

Gambar 3 Maryam bersama peserta lain dan penceramah

Selepas 14 sesi yang dihadiri oleh ke semua para peserta, kini hanya perlu mempraktikkan segala ilmu  yang diberikan.  Menurut Amzar Khalili Khalid, 22, mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang merupakan CEO  MyOwnSteak, “sekarang masanya untuk jalankan secara praktikal, tiada teori-teori, kalau tak jadi,  tiada manfaatlah ilmu-ilmu yang kita belajar.”

Gambar 4 Amzar Khalili bersama produk perniagaannya

Pengarah kursus YOSH Business Training, Nurul Athira Mohd Affandi berharap supaya kursus ini  menjadi batu locatan kepada para peserta untuk mengasah kemahiran keusahawanan seiring dengan  misi dan visi MyFundAction untuk melahirkan pemuda yang cemerlang dalam akademik, aktif dalam  kesukarelawanan dan keusahawanan. 

“Pelajar hari ini, kalau keputusan cemerlang tapi tiada softskill pun susah untuk diterima majikan. Kami  berharap program ini mampu melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang dari sudut  pendidikan dan kemahiran,” tambahnya lagi.

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.