Siakap Keli

KKM Kesan Dua Kes Covid-19 Pertama Subvarian Delta AY.4.2 di Malaysia

Dalam kenyataan media mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini, KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengesahkan penemuan dua kes pertama Covid-19 subvarian Delta AY.4.2 di Malaysia. Dua kes ini dikesan melalui dua pelajar Malaysia yang baru pulang dari United Kingdom dan dikesan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Kedua-dua mereka telah sampai di KLIA pada 2 Oktober 2021 dan menjalani ujian RT-PCR dan disahkan negatif untuk SARS-CoV sampel pertama. Namun begitu, sampel kedua diuji dan keputusan adalah positif yang diambil pada 7 Oktober 2021 semasa dalam tempoh kuarantin. Sampel ini telah menjalani penjujukan genom penuh di UMBI-UKM dan laporan keputusan telah dikeluarkan pada 30 Oktober 2021.

Varian AY.4. adalah salah satu lineage Delta di mana pada masa ini terdapat lebih dari 75 jenis lineage berasal dari Delta. Salah satu sublineage AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai “Delta Plus”. Varian AY.4.2 ini mempunyai dua (2) mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.

Sehingga akhir Oktober 2021, variant AY.4.2 merupakan 10 peratus dari jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di United Kingdom (UK). Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober 2021 telah menetapkan AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI).

Untuk makluman, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah-langkah seperti kuarantin, pengujian, dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia terutama di PMA. KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sumber: KKM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.