Siakap Keli
Gambar: Adam Corrie

“Campur Semua Minyak & Kicap….” Adam Corrie Belanja Resipi Mi Kicap Wantan Sup ‘Paling’ Padu

Siapa yang suka makan makanan masakan Cina, pasti cukup arif dengan menu mi wantan. Hidangannya ringkas, mudah dimakan, sedap dan dipercayai dibuat daripada bahan yang sihat.

Korang pernah cuba masak mi wantan sendiri kat rumah? Kalau belum, apa kata cuba resipi mi kicap wantan yang dikongsikan oleh pelakon aksi terkenal, Adam Corrie seperti kat bawah ni.

Resipi ni bukan calang-calang resipi. Ini resipi tradisi yang dah lama Adam buat di dapur rumahnya. Jom ikuti resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

Gambar: Adam Corrie

Buat mi kicap wantan. Saya kan Cina, dah tentulah mi kicap wantan ni bukang asing bagi saya. Dulu masa remaja saya jual mi kicap untuk menampung hidup.

Resipi Mi Kicap Wantan Sup Adam Corrie

Mi wantan

  • Mi wantan. Kalau guna mi lain, tak jadilah mi wantan. Rasa tak sama nanti.
    (Leraikan mi dahulu, kemudian dicelur bukan rebus tau. Lepas tu masukkan dalam air sejuk pula. Ulang step ini berkali-kali, supaya mi tidak melekat. Mi wantan ada jual di supermarket)
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Kicap cair (apa-apa brand pun ok)
  • Sos tiram
  • Sayur sawi / siew pak choi

1) Campur semua minyak dan kicap tu dalam pinggan. Kemudian masukkan mi yang wantan tu, lepas tu gaul rata. Tak perlu masak.

2) Tabur bawang goreng kalau suka.

3) Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah dicelur di atas mi.

Kulit wantan

  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
  • Air panas mendidih
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar minyak masak

1) Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan minyak masak.

2) Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan.

3) Uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dalam 2o minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras.

*Payah sangat, beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3.

Isi / inti wantan

  • Udang (dicelur) atau ayam (dicincang halus)
  • Daun bawang dipotong halus
  • Carrot dipotong halus
  • Tepung sikit
  • Lada sulah
  • Garam
  • Sos tiram

1) Gaul semua. Nak tambah bawang besar pun boleh, nak tambah cendawan pun ok. Tapi saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah. Kalau terlampau basah, kulit wantan mudah koyak.

2) Dah siap boleh digoreng atau masukkan dalam sup.

Sup ringkas Adam Corrie

  • Air
  • Lada sulah
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Didihkan air, masukkan lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dalam sup. Masakkan sekali dengan sup. Dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!

Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain orang lain ceritanya. Saya doakan anda berjaya buat mi wantan ni. Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Nak yang lebih grand boleh menuntut ilmu pada yang bertauliah atau Google je macam-macam ada. Ikut selera masing-masing.

Gambar: Adam Corrie

Itu dia inti wantan saya yang dah gaul.

Gambar: Adam Corrie

Letak sikit inti udang / ayam di tengah kulit wantan. (Resipi inti wantan kat fb sy). Gunakan sedikit air sebagai gam. Dah siap boleh simpan. Frozen kan. Boleh goreng, kukus atau masukkan dalam sup terus.

Gambar: Adam Corrie

Sapu sedikit air di kulit wantan sebelum letakkan inti.

Gambar: Adam Corrie

Ini wantan yang dah siap. Saya suka makan bersama sup. Masukkan je dalam sup hingga masak. Goreng pun sedap jugak.

Gambar: Adam Corrie

Di rumah ibu mertua. Ibu mertua minta buatkan. Yang saya pegang adalah mi wantan yang telah dicelur dengan air panas, kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk. Lakukan step ini berkali-kali supaya mi tidak melekat.

Gambar: Adam Corrie

Buat sendiri memang nikmat. Nak banyak, nak sikit, adjust sendiri.

 

Sumber: Adam Corrie

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.