Siakap Keli
Kredit: Bernama

Permaisuri Agong Pamer Bakat Membatik Di Program Batik Jogja

KUALA LUMPUR, 6 Nov (BERNAMA) – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima jemputan menyertai program Jogja International Batik Biennale (JIBB): ‘Jogja Batik Dunia’ secara maya, hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi laman Facebook, Permaisuri Agong berkenan mempamerkan bakat membatik yang bermotifkan ‘Cepok Mangkoro’ yang disediakan penganjur, iaitu Majlis Kraf Batik Kebangsaan Jogjakarta.

Program itu juga diserikan oleh Sri Sultan Hamengku Buwono X dari Kesultanan Jogjakarta itu, yang juga disertai oleh 25 negara lain.

Sumber: Bernama

 

Aireena Marizan