Umumnya gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari daripada jatuh ke atas bulan. Begitu juga dengan gerhana bulan penumbra yang berlaku apabila bulan berada di kawasan Penumbra iaitu kawasan yang hampir sejajar dengan matahari dan juga bumi.
Gerhana bulan penumbra yang berasal daripada dua gabungan perkataan latin paene yang bermaksud hampir dan umbra yang bermaksud bayang. Menerusi perkongsian di akaun Facebook Planetarium Negara, fenomena gerhana bulan Penumbra ini dikatakan akan berlaku pada 19 November 2021 iaitu pada hari Jumaat, jam 6:58 petang hingga 8:03 malam waktu Malaysia.
Gerhana Bulan bermula lebih awal iaitu sejak jam 02.02 petang tetapi hari masih siang dan semuanya berlaku di bawah uluk. Apabila bulan terbit pada jam 06.58 petang, gerhana bulan adalah pada fasa penumbra tetapi masih tidakdapat dilihat dengan mata kasar juga kerana bayang penumbra tidak segelap bayang umbra bumi.
Jadi fenomena ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga tamat pada jam 08.03 malam.
Sumber: Planetarium Negara