Seperti yang diketahui, anjing merupakan haiwan yang tidak diggalakkan untuk dipelihara oleh umat Islam jika tiada keperluan atau darurat. Haiwan itu juga dikategorikan sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang perlu dicuci atau disertu dengan menggunakan air mutlak dan tanah sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya).
Apabila berada dalam situasi sama ada pakaian atau kasut terkena najis anjing, mungkin masih ramai yang belum tahu atau keliru mengenai cara yang betul untuk menyertu najis tersebut.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, bersertu adalah cara bersuci daripada najis mughalazah iaitu anjing dan khinzir yang dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi.
Jika kasut anda terkena najis anjing, asingkan kasut itu dan hilangkan najis tersebut dengan menggunakan air terlebih dahulu. Setelah itu, cucikan ia dengan menggunakan campuran air dan tanah serta air mutlak sebanyak enam kali.
Bagi memahami dan melihat dengan lebih jelas, ikuti video cara menyertu najis anjing yang telah dimuatnaik oleh @Kamiada di TikTok ini.
@kamiada_
Sehingga kini, video itu telah ditonton sebanyak 1 juta kali. Semoga ianya memberikan manfaat kepada orang ramai.
Sumber: Kamiada_