Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,403 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,516,255 kes.
Catatan kes positif harian setakat tengah hari 9 November walaubagaimanapun menunjukkan peningkatan berbanding 4,543 kes semalam.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Pada 9 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,403 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,516,255 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari laman COVIDNOW adalah dikemaskini selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 9, 2021
Sumber: DG Hisham