Siakap Keli
Kredit: FB It's Gone Viral

(Video) Mendebarkan, Tular Rakaman Budak Bermain Lompat Antara Dua Bangunan Tinggi

Melompat dari bangunan yang tinggi dari satu bangunan ke bangunan yang lain atau dipanggil ‘parkour’ merupakan aksi ngeri yang kerap dilakukan oleh anak-anak muda sehingga tular di laman media sosial.

Melalui perkongsian di akaun Facebook ‘It’s Gone Viral’ dapat dilihat dua orang kanak-kanak lelaki yang melompat dari atap bangunan ke satu bangunan yang lain pada ketinggian yang sangat tinggi iaitu sebanyak 22 tingkat.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di salah sebuah bangunan flat di negara China. Aksi ‘parkour’ yang dilakukan oleh mereka bukanlah hanya sekali malah secara berturut-turut tanpa menggunakan sebarang alatan keselamatan.

Aksi yang ditunjukkan terutamanya oleh seorang kanak-kanak yang berulang kali melompat dari satu bangunan ke satu bangunan telah membuatkan ramai berdebar setelah melihat rakaman tersebut.

Apa tidaknya, bangunan tersebut agak tinggi dan dikhuatiri sekiranya budak itu tergelincir dan jatuh ke bawah.

Sumber: FB It’s Gone Viral 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.