Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: 6,243 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 6,243 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,522,498 kes.

Catatan kes positif COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak beberapa hari kebelakangan ini. Malah jumlah kes harian setakat tengah hari 10 November juga meningkat berbanding 5,403 kes semalam.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.