Siakap Keli
Gambar via India Times

Didakwa Selalu Berlaku Kes Orang Hilang, Tular Foto Pendaki Kelihatan ‘Kelibat Putih Misteri’ Bikin Seram

Satu gambar misteri yang diambil oleh seorang pendaki di Dundas Peak di Ontario, Kanada, telah tular kerana orang ramai yakin bahawa gambar yang mereka tangkap itu ialah ‘hantu’.

Gambar tersebut mula tular apabila seorang pengguna Reddit dengan akaun SlicedUpBeef memuat naik gambar tersebut untuk di kongsikan kepada rakan-rakannya.

Menurut SlicedUpBeef melalui India Times “Di bahagian tepi puncak yang curam tersebut, di mana cerunnya terlalu curam untuk berdiri, kelihatan ada satu figura yang kecil dan lurus seperti manusia berdiri di curam tersebut.”

“Saya tahu ramai yang berfikir bahawa itu hanyalah seorang pendaki yang berani. Tapi percayalah, tempat itu memang langsung tidak boleh dilalui.

Mungkin ianya bukan orang? Tapi saya juga tidak pasti apakah benda itu. Jadi saya berharap jika ada pendaki yang pernah ke Bundas Peak yang mengambil gambar yang sama boleh kongsikan hal tersebut,” tambahnya lagi.

Kredit via India Times

Lebih menyeramkan lagi katanya puncak tersebut dikatakan memang sering berlaku kes kehilangan orang di puncak tersebut dan tidak pernah dijumpai.

Hal ini telah menarik minat ramai warganet apabila mereka turut berkongsikan spekulasi mereka berkenaan gambar tersebut.

Oleh kerana ramai yang berminat dengan gambar tersebut, pemilik akaun SlicedUpBeef telah membuat kepututsan untuk pergi semula ke puncak tersebut bagi melihat perkara sebenar. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila figura menyeramkan tersebut dikatakan sudah hilang dari tempat curam yang mereka nampak itu.

Kredit via India Times

Sumber: India Times 

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.