Siakap Keli

Penat Asyik Kena ‘Photo Bomb’, Guna Cara Ni Hilangkan Orang Di Dalam Gambar

Pernahkah anda rasa geram apabila ada sahaja orang yang anda tidak ingini berada di dalam gambar anda? Bayangkan anda sudah penat-penat posing, rupanya ada orang lain berada di dalam gambar tersebut sehingga merosakkan gambar anda, keadaan seperti ini dipanggil photo bomb.

Jika ya, maka positng daripada Puan Masyitah Sedek di ruangan Facebook miliknya pasti akan dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Posting tersebut telah dikongsi oleh lebih 13 ribu perkongsian yang rata-ratanya tertarik dengan cara baru ini.

Hanya perlu menggunakan google sahaja, ianya sangat mudah untuk digunakan. Cara ini juga tidak perlu menggunakan langkah yang banyak dan merumitkan.

1.Taip “CLEANUP PICTURE” di google.

2. Pilih Gambar

3. Padam orang yang tidak dingini berada di dalam gambar.

Wah! Terlalu mudah untuk digunakan dan hasilnya juga cantik kerana dapat memadam gambar orang sepenuhnya. Apa yang lagi menarik, cara ini tidak memerlukan modal untuk dibayar. Cleanup Picture ini bukan sahaja boleh memadam gambar orang, ianya juga boleh memadam perkara-perkara lain seperti benda dan teks yang tidak diingini.

Sumber: Facebook Puan Masyitah Sedek dan Ezzat Bokhari

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.