Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 6,323 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,528,821 kes.
Catatan kes positif harian menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah jumlah kes yang dilaporkan setakat tengah hari 11 November turut sedikit meningkat berbanding 6,243 kes semalam.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Pada 11 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,323 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,528,821 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 11, 2021
Sumber: DG Hisham