Selalu kita lihat orang menulis dengan menggunakan tangan kanan kan? Jaranglah jumpa orang yang menulis dengan tangan kiri atau kita panggil kidal. Kalau jumpa pun mesti kita rasa orang kidal ini unik dan lain daripada lain.
Tapi, pernah tak nampak orang menulis secara terbalik? Ya, terbalik iaitu menulis dari bahagian atas kertas dan bukannya menghadap diri penulis seperti kebiasaan.
Begitulah dengan perkongsian salah satu video tular di akaun TikTok milik @zila_adnan. Melalui perkongsian video itu, dapat dilihat wanita tersebut menggunakan cara yang unik dan menarik untuk menulis dengan menggunakan tangan kiri.
Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat seorang wanita sedang mengisi borang sambil dirakam oleh seseorang. Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila wanita itu dilihat mengisi borang secara terbalik. Lebih menarik lagi apabila si penulis borang tersebut ialah seorang yang kidal.
Situasi di mana wanita itu menulis secara terbalik itu menarik perhatian orang ramai kerana keunikannya dan orang ramai merasakan bahawa perkara itu agak unik dan ‘rare’.
Pemilik akaun TikTok itu ada berkongsikan di ruangan komen bahawa rakannya itu sebenarnya boleh menulis secara normal iaitu tidak terbalik.
“Korang, dia boleh je tulis macam biasa, cuma masa ni ‘mood’ dia nak tulis terbalik,” komen @zila_adnan di ruangan komen video tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton perkongsian video di bawah:
@zila_adnan Jrg jumpe spesis rare mcm ni 🤣@dilarahman12
Video yang memperoleh jumlah tontonan melebih 1.2 juta itu turut mendapat komen yang cukup memberangsangkan daripada warganet.



Sumber TikTok @zila_adnan