Siakap Keli
Kredit: Liza Idris

Boleh Masak Sendiri Di Rumah, Ini Lima Jenis Resipi Hidangan Siakap ‘Power’ Anda Kena Cuba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidangan ikan siakap nampaknya disebut-sebut sejak kebelakangan ini. Tidak dinafikan, hidangan ini sangat mendapat perhatian ramai terutamanya ketika mengunjungi kedai-kedai masakan Thai.

Selain daripada mengunjungi restoran, ramai juga yang memilih untuk menyediakan sendiri hidangan ini untuk dimakan bersama seisi keluarga. Pun begitu, cara penyediaannya adalah sangat penting supaya nikmat yang dirasai boleh sama atau lebih berbanding makan di restoran.

Tapi jangan risau, kerana seorang wanita ada berkongsikan beberapa resipi hidangan siakap yang pernah menjadi tular sebelum ini. Antara resipi yang dikongsikan oleh Liza Idris menerusi laman Facebook miliknya adalah seperti berikut:

  1. Siakap Sos Thai
  2. Siakap Sambal Kicap Pedas Thai
  3. Siakap Laprik Ala Thai
  4. Siakap 3 Rasa Ala Thai
  5. Siakap Stim Lemon

Kelima-lima hidangan ini pernah menjadi tular ketika Liza Idris berkongsikan di laman Facebooknya. Melalui perkongsikan terbaharunya, dia telah gabungkan kelima-lima resipi tersebut di dalam satu posting. Untuk mengikuti setiap hidangan siakap tersebut, mari kita ikuti perkongsiannya di bawah:

Sebenarnya saya penggemar ikan siakap dan masakan Thailand, ditambah pula suami memang kaki pancing.

Semua siakap saya dah cuba, siakap laut suku, laut dalam, siakap liar, siakap kolam, siakap sangkar, cuma siakap curi je tak berani cuba.

Jadi bab harga siakap, emmmm lemah! Suami saya juga dulu pernah jadi supplier ikan.

Jadi, harini saya share semua resipi siakap yang ada. Saya selitkan juga resipi yang pernah dapat 52K share.

Kebanyakkan resipi saya sendiri cuba dulu di Restoran Thai, bila sedap, saya cuba masak sendiri ikut olahan saya.

Semua resipi ada pada link setiap gambar.

Moga bermanfaat

Siakap Sos Thai

https://www.facebook.com/100000626043049/posts/4636470973050392/

Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

https://www.facebook.com/100000626043049/posts/4584564241574399/

Siakap Laprik Ala Thai

https://www.facebook.com/LizaIdris85/posts/4305120756185417

Siakap 3 Rasa Ala Thai (53 ribu perkongsian)

https://www.facebook.com/100000626043049/posts/4157489500948544/

Siakap Stim Lemon

https://www.facebook.com/LizaIdris85/posts/4163330863697741

Sumber: Liza Idris

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa