Sumber protein amat penting untuk badan kita kerana protein membekalkan pembentukan sistem imuniti badan (antibodi) dan memberikan tenaga.
Tetapi, setiap kandungan protein adalah berbeza-beza mengikut jenis makanan dan juga saiz hidangan. Oleh itu, mari ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh akaun Facebook Nutritionistkkm di bawah ini:
7 kg Ikan Siakap Untuk 7 orang makan
Berapa banyak satu sajian protein?
Mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak:
Ayam / telur / daging – 1-2 sajian
Ikan – 1 sajian
Legum atau kekacang – 1 sajian
Susu dan Produk Tenusu – 2 sajian

Menurut perkongsian tersebut, dalam satu sajian bersamaan 70 gram ikan siakap, terdapat 57 Kcal tenaga, 0.7g karbohidrat, 13.7g protein dan 0.1g lemak.
Sumber: Nutritionistkkm