Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Dalam satu kenyataan media dari Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan tarikh bermulanya sesi persekolahan penggal 3 bagi 2021/2022.
Sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah kumpulan A iaitu Johor, Kedah, kelantan dan Terengganu. Bagi Sekolah di negeri kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula akan bermula pada 3 Januari sehingga 20 Mac 2022.
KPM juga berkongsi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 sebagai rujukan bagi semua pihak terlibat termasuklah murid-murid, ibu bapa dan para guru. Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim
Sumber: Twitter Radzi Jidin