Siakap Keli
Gambar: Jkm Wpkl

JKM Cari Waris Bayi, Ditemui Ditinggalkan Dalam Beg Plastik Di Sebuah Rumah Di Kampung Sungai Penchala

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur mencari waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 2 September 2021 lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKM, bayi tersebut telah ditinggalkan di kawasan berkenaan kira-kira jam 9.15 pagi. Bayi berkenaan ditinggalkan di dalam plastik dan ditemui orang awam.

Bayi itu kini ditempatkan secara sementara di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat sementara usaha untuk mengesan warisnya dilakukan.

 

 

Oleh yang demikian, JKM memohon waris kepada bayi ini untuk segera menghubungi Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Asiah binti Bachok di talian 03-26124000.

Sumber: Jkm Wpkl

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.