Siakap Keli
Gambar: suarajawatengah.id

Tak Boleh Terima Kekasihnya Minta Putus, Lelaki Menangis Sampai Berguling-Guling

Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis teresak-esak sehinga berguling-guling kerana tidak dapat terima kekasihnya meminta putus telah menjadi tular di media sosial.

Video yang memilukan itu telah dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @talkshow_ngakak.

Video pendek itu pada awalnya memaparkan tentang seorang lelaki yang memakai baju putih sedang menelefon kekasihnya di atas sebuah kapal.

Namun, air muka lelaki ini tiba-tiba berubah apabila kekasihnya meminta untuk memutuskan hubungan bersamanya. Akibatnya, lelaki itu terus meraung kesedihan.

Bagai ditusuk duri, lelaki itu kemudiannya menangis sehingga berguling-guling, merayu agar kekasihnya itu tidak memutuskan hubungan mereka.

“Saya tidak mahu putus, saya tidak mahu putus,” kata lelaki itu.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Warganet yang menonton video berkenaan tidak ketinggalan untuk memberikan pelbagai respon terhadap video itu.

“Begitu ya rasanya jatuh cinta dengan ikhlas tapi disia-siakan,” kata seorang warganet.

“Biasanya kalau yang macam tu sedihnya kerana menyesal sebab dah beri segalanya tapi tak kesampaian untuk ke jinjang pelamin,” ujar seorang lagi.

“Jangan lemah bro, rajin-rajin bekerja dan cari duit, pasti akan senang jumpa pengganti. Tinggal nak pilih yang mana berkenan je,” nasihat seorang warganet kepadanya.

“Yang pernah merasainya sahaja yang tahu, kuatkan semangat ya,” ujar warganet yang prihatin.

Sumber: suarajawatengah.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.