Siakap Keli
Gambar: Sinan Ismail

“Hari Yang Tak Disangka-sangka”, CEO Durian Digital Ucap “Bye-bye & Thank You” Kepada Didi & Friends

Pasti ramai diantara kita yang pernah menonton dan tahu berkenaan siri animasi kanak-kanak yang bernama Didi & Friends bukan?

Rata-rata kanak-kanak serta ibu bapa pastinya tidak asing lagi dengan kartun yang sangat popular ini.

Walaupun begitu, pernahkah anda tertanya-tanya tentang siapakah watak penting yang telah menjayakan kartun ini? Pasti ramai yang ingin tahu berkenaan perkara itu.

Untuk menjayakan kartun ini bukanlah suatu yang senang. Ianya kerana terlalu banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh untuk menjayakan kartun ini sehingga mendapat sambutan yang amat mengalakkan dalam kalangan kanak-kanak.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perjalanan animasi Didi & Friends ini, teruskan membaca perkongsian yang dikongsi oleh pengarah syarikat yang menjayakan animasi ini iaitu Sinan Ismail seperti berikut:

Hari yang tidak disangka2. Bye-Bye & Thank You Didi & Friends | 2012-2021

Bismillahirrahmanirrahim.

Nama saya Sinan Ismail. CEO dan Co-Founder Digital Durian. Syarikat yang menerbitkan Didi & Friends dan Omar & Hana.

Coretan ini adalah luahan hati sambil air mata jatuh dekat pipi.. Coretan ni bila baca balik agak sangat panjang.. lol – so kalau tak ada masa – hehe.. tak payah baca – this is just something i have to write. Here it goes..

Permulaan Digital Durian #2008

Saya masih ingat, 13 tahun dulu.. masa mula-mula daftarkan syarikat Digital Durian – memang kami ada impian untuk buat animasi – tapi perjalanan 13 tahun ini tidak semudah seperti disangka. Segala cabaran dan dugaan ditempuh satu per satu.

Kami bermula dengan membuat multimedia servicing jobs dari 2008-2010. Dan selepas itu kami buat wedding services dari 2010-2012. Kalau pernah dengar Durian Kahwin, Style Weddings atau Hora Horey Videography – that was us.

Tapi kembali kepada impian kami, impian untuk buat animasi kartun.

IPCC by MDEC #failuredoesntmeanyoufail

Kami menyertai pertandingan IPCC sebanyak 3 kali. 2 cubaan awal – kami gagal.

Tahun 2009 : “Journey Back Home” Berjaya sampai ke sesi Live Pitching – tapi pitching yang gagal (the worst pitch of my life – what could go wrong – all went wrong)

Tahun 2010 : “Bad Min Ton” Fail! Tak berjaya sampai ke pitching session (padahal rasa idea tu macam dah best… haha)

Tahun 2011 : Submit Didi & Friends ke Cradle – pun kena reject!

Tahun 2012 : Beranikan diri untuk submit for the last time… Submission : Didi & Friends The Science Explorers. Berjaya sampai ke sesi Live Pitching – dan berbekalkan kegagalan Live Pitching IPCC 2009 – saya berlatih rehearsal sampai record diri sendiri dan edit pitch saya di laptop – bila dah siap saya mainkan dalam versi MP3 selama 3 hari.

And on pitching day – it was the best pitch I ever did! Saya ingat selepas pitch tu ada brader and senior industri datang dekat saya, cakap “Congrats, that was a good pitch”.

Tapi.. keputusan IPCC bukan dapat serta merta. Rasanya 2 bulan kut masa menunggu. Dub Dab Dub Dab. Pada masa yang sama – Style Weddings semakin merosot dan kami terpaksa lepaskan team member. Fuh.. Allah saja tau perasaan ketika itu.

Dan akhirnya – kami di jemput ke Majlis pengumuman IPCC 2012.

Majlis berlaku dekat ballroom Cyberview Resort. Keadaan memang grand – sebab bukan nak umum pemenang IPCC sahaja – tapi pemenang beberapa award lain yang lebih eksklusif. Saya tersangat berdebar-debar.. Makan pun tak lalu.. Tunggu turn – bila la nak umum IPCC ni..

Sampai MC cakap ….. “Seterusnya, kami umumkan pemenang-pemenang IPCC 2012 (ada 10 pemenang), and the winners are ………………. Didi & Friends The Science Explorers!” Wow!!!!!!

………………. Speechless………………

Tak sangka – syukur yang amat. Kami berjaya menang IPCC setelah 3 kali cubaan dan tempuhi pelbagai kegagalan. Lepas dengar nama Didi & Friends – saya tak tahan emosi – terus cepat2 keluar dari dewan.. keluar dewan terus menangis.. sambil mengangis saya call isteri saya.. Isteri tanya .. “kenapa ni?” …. selepas beberapa saat senyap.. saya hanya mampu cakap… “We won….” dan saya terus menangis lagi…….

Alhamdulillah #momentrare

Realitinya .. saya tak tahu kenapa saya tersangat emosi pada ketika itu. Perasaan yang sangat unik dan pelik. Seolah-olah ada perasaan yang cakap – “Sinan…Didi & Friends will change your life. It will be the reason for you to do animation and achieve your dreams…” Ya Allah. Syukur yang amat kerana diberi peluang untuk menang IPCC.

The Didi Journey Begins #easiersaidthendone

Dari situ, bermulalah Didi & Friends The Science Explorers (What? Sejak bila Didi ajar Sains?) – Ya, itulah titik permulaan kami. Didi mengajar Sains (idea mengajar Sains tu dari Ayah mertua saya – tq Abah!)

Pengembaraan awal ini membawa saya ke banyak tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Dengan bantuan MDEC – kami telah pitch ke ramai broadcaster lokal dan international. Setiap pitch – kami cuba buat WOW! Bawa TV 42″ ke lokasi pitching – rehearse slides – prepare pitch deck – tapi jawapannya tetap sama – “It’s cute but it’s not suitable for us / It’s nice but it’s too educational / Develop it further and then come back to us”.

Hora Horey? #changeit

Ada satu broadcaster international siap komen “Hora Horey? It doesn’t have a meaning – you should change it” – Saya kata dalam hati – satu hari nanti – ramai budak-budak akan cakap Hora Horey dan we will make it have it’s own meaning.. hehe (we won!) Tapi pada masa yang sama – sangat banyak feedback lain yang kami ambil dan Didi & Friends banyak diubah mengikut feedback tersebut.

Masa mula2 tu, team kecik.. Hanya saya, Hairul, Zai dan Iman (and a few interns).. Duit tak banyak.. Resources tak banyak.. Everybody did everything. Besides sitting on directing, writing and helping on production I had to be the front man to go and sell Didi & Friends to broadcasters.

Travel seorang diri ke luar negara #kenapau

Saya terpaksa memberanikan diri – membawa Didi & Friends seorang diri untuk pitching dan cuba jual ke ATF Singapore (tak ada duit – so naik bas lompat2 sampai Singapore), Asia Animation Summit Thailand, Hong Kong Licensing dan Children’s Book Fair Bologna Italy (wallet kena pau dari perjalanan dari airport ke AirBNB yang pertama and hilang semua cash yang saya bawa – it was Day 1 ok!) Ya Allah, banyak sungguh cabaran dan dugaan.

Titik perubahan. Orang kata.. #rezekianak

Orang kata, anak adalah rezeki dari Allah. InshaAllah ada rezeki untuk mereka. Dalam kes saya – Qays adalah sumber idea dan inspirasi kepada rezeki dan masa depan saya dan Digital Durian. Kebetulan masa tu, umur dia 1 tahun dan kami menunjukkan Nursery Rhymes kepada dia – views berjuta-juta. Bila saya cari lagu kanak-kanak dalam Bahasa Malaysia – tak ada animasi yang menarik (tapi still ratus ribu view). Bila buat Google Keyword Search – rupa-rupanya ada 10k carian sebulan. Dari situ, kami sedar ada gap dan kami dapatkan feedback rakan-rakan industri dan family and friends dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk tukar kepada Didi & Friends : Lagu Kanak-Kanak dan letak Didi & Friends di YouTube.

YouTube Channel Didi & Friends dibuka pada 14 May 2014 – dengan harapan dapat 1 juta view dalam pada tahun tersebut. Alhamdulillah dengan izinNya – kami mencecah 5.5 juta view pada tahun pertama. Dan dari situ kami sign dengan Astro sebagai co-producer dan sekaligus Didi & Friends terus disiarkan di Astro Ceria bermula dari 18 December 2015 – setiap hari – sehingga hari ini.

Perjalanan seterusnya semakin menarik – milestone demi milestone kami capai.

– 5 Billion YouTube views

– Mini-Mini Karnival di Alamanda, Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Terengganu etc

– Konsert Hora Horey Live yang Sold Out 10k tiket

– Lebih 800 jenis merchandise

– Konsert Hora Horey Wayang

Sehingga hari ini, kalau orang tanya – apa yang paling best buat Didi & Friends – jawapan saya – bila saya dapat feedback yang best dari parents dan bila saya tengok family happy sama2 dekat events!

The Amazing Team #MakeWow

Credit for the success and impact Didi & Friends has done goes to the team. The people behind this huge brand. Congrats team. Each and everyone of you played a part at one time or another to make Didi & Friends what it is today.

Bye-Bye. This is official. This is the end.

Saya ingin mengumumkan dengan rasmi pada hari ini – saya dan Digital Durian akan say bye bye to Didi & Friends. Didi & Friends akan ditukar hak milik kepada satu syarikat baru milik ex-co founder saya.

Was it true? The feeling i felt when we won IPCC back in 2012? Indeed it was… Didi & Friends did change my life… and millions of lives out there…

Thank you Didi & Friends #speechless

Terima kasih sgt2 to Didi & Friends

– kerana mengubah hidup saya sekeluarga

– kerana mengubah hidup team Digital Durian

– kerana mengubah industri animasi Malaysia

– kerana memberi seribu kenangan kepada keluarga-keluarga peminat Didi & Friends

– kerana mengukir senyuman kepada kanak-kanak

– kerana memberi entertainment dan education kepada kanak-kanak Malaysia.

There is so much that you (Didi & Friends) have done for us. Saya percaya, Didi & Friends telah membentuk generasi kanak-kanak yang lebih hebat melalui apa yang kami perjuangkan di Digital Durian. InshaAllah.

My Thank You #wordsarenotenoughtoexpressmygratitude

Tq Allah. Anugerah bagi buat Didi & Friends, the impact we have made to children, the learnings we went through, the challenges that made me stronger. Syukur Ya Allah.

Tq arwah Baba (he played a huge role in helping set up Digital Durian), Mami, Kak and Abang. Mama, Abah and adik2 too for the continuous unconditional support and doa. Please keep it coming

Tq to my wife Nuown, and kids. Thank you for being together in Digital Durian – physically and mentally – and being a huge foundational support in this journey. The moments of wanting to give up would have happened if it wasn’t for all of you being there to support this journey together

Tq to everyone yang pernah bekerja dekat Digital Durian untuk make Didi & Friends. Doesn’t matter if you were the Director or an intern – production or business – team member or freelancer – voice talent or voice talent parents – all of you contributed to the amazing success of Didi & Friends. You have made millions of children happy! #wemakepeoplehappy

A special mention to Zai who originally made a 3D render of a serama chicken – that evolved to what we know now as Didi & Friends

Tq to MDEC Digital Content Team for putting your trust in us, mentoring us and giving us opportunities to learn. And definitely what you have done for the animation industry.

Tq to Astro who believed in us. Believed in what we could do – and for achieving what we did together. Especially to the founding team – Jinli, Jack, Hsu Teik, Amelia, Yasmin and Henry.

Tq to my friends and family. You guys and girls know who you are. You have always been there when I needed someone to talk to and get support.

Tq to Yuri for creating the songs for Didi & Friends. You helped build such a strong base for Didi & Friends songs till today.

Tq to Puan Zaliza from Genius Aulad who was a huge huge support especially during the early days. The knowledge you shared and we applied is huge. May Allah reward you.

Tq to mentor-mentor dan kawan-kawan industri. Nizam and friends from Monsta, Andrew, Mandeep, Zaid and friends from WAU, Tariq and friends from GLUE Studios, Amir from NuOrg, Rashdan from Netcarbon, friends in Prime Works, Rogue, Siong, Waleed, Zeno, ED, Ayie, Amy Red Soul and all of you out there. There are so many of you guys – You know who you are!

Tq to all the fans, kids and parents out there. Didi & Friends would never be Didi & Friends without all of your views, support, happiness, feedback and doa. Tq tq tq. I will definitely miss making you jump and dance during the Didi concerts…

And tq to Hairul my co-founder in the journey we built in Digital Durian. There were many ups, downs, learnings and hardships we went through together. Please take care of Didi & Friends for me in your new company. All the best for Didi & Friends and your future endeavours.

Last but not least, apa yang baik itu semua datang daripada Allah, apa2 kekurangan itu dari diri saya sendiri. Saya minta maaf di atas apa2 kekurangan/kesalahan towards parents, partners and team members.

Signing out. Bye Bye Didi, Nana, Jojo, Pak Atan dan kawan-kawan lain. Thank you again. Keep making children happy!

Sumber: Sinan Ismail

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.