Setiap bayi yang sudah dilahirkan diminta untuk mengambil vaksin di klinik bagi meningkatkan tahap imunisasi tubuh mereka.
Namun, tahukah anda setiap bayi di Sarawak wajib mengambil sejenis vaksin yang dikenali sebagai Japanese Encephalitis (JE)?
Japanese Encephalitis ini merupakan sejenis jangkitan virus pada nyamuk dan kemudiannya tular kepada haiwan-haiwan lain, seperti khinzir, burung dan lain-lain.
Pembawa virus ini atau vektornya adalah daripada nyamuk jenis Culex.

Penularan JE ini berasal daripada penyakit zoonosis, di mana penyakit tersebut ditularkan kepada manusia melalui haiwan.
Kebanyakan pesakit yang terkena jangkitan virus JE berada atau bekerja di ladang, sawah padi dan kawasan luar bandar. Tetapi, indvidu yang dijangkiti hanya mengalami gejala yang ringan, seperti :
- Demam panas
- Menggigil kesejukan
- Sakit kepala
- Sakit leher
- Pening dan muntah
- Sakit perut
- Gangguan mental seperti kekeliruan dan perubahan tingkah laku
- Keletihan
- Kehilangan berat badan
Selain itu, jangkitan virus JE juga mampu menyebabkan komplikasi yang teruk jika tidak mendapatkan rawatan awal. Antaranya seperti:
- Sawan
- Perubahan personaliti
- Lumpuh atau lemah anggota badan
- Masalah pembelajaran dalam kanak-kanak
- Jangkitan bakteria sekunder (radang paru-paru dan jangkitan pada saluran kencing)
Keperluan Vaksin JE
Dalam vaksin JE ini mengandungi virus lemah bagi merangsang sistem imun tubuh badan untuk menghasilkan antibodi secara alami.
Dengan pengambilan vaksin ini, ianya dapat mengurangkan risiko atau komplikasi sekiranya terdedah dengan jangkitan virus tersebut.
Menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), suntikan vaksin ini akan diberkan sebanyak dua dos kepada setiap bayi yang berusia 9 bulan dan 1 tahun 9 bulan di negeri Sarawak sahaja.

Hal ini dikatakan demikian kerana risiko jangkitan virus JE ini lebih tinggi di Sarawak berbanding di negeri-negeri lain.
Antara individu yang perlu mendapatkan vaksin Japanese Encephalitis ialah individu yang berada di kawasan berisiko tinggi, iaitu:
- Menginap di kawasan luar badan atau ladang
- Tinggal lebih daripada 30 hari
- Merancang aktiviti yang terdedah atau lasak seperti berbasikal, berkhemah
- Menginap di tempat peranginan tanpa penyaman udaraskrin atau kelambu
- Merancang untuk tinggal di tempat jangkitan berlaku
- Kerap pergi ke tempat berikut.
Buat masa ini, masih tiada lagi rawatan khusus bagi jangkitan JE ini, melainkan hanya memberikan rawatan sokongan seperti melegakan demam, kesakitan dan sakit sendi, masalah saraf serta hidrasi.
Kadar penyembuhan juga boleh mengambol masa berminggu-minggu atau sehingga berbulan-bulan mengikut tahap imunisasi badan.
Menurut sumber daripada Hello Doktor, hampir separuh pesakit yang pulih mengalam hilang upaya kekal berikutan daripada kerosakan pada sarat tunjang dan otak dan dianggarkan 1 daripada 3 pesakit maut akibat mengalami komplikasi yang serius.
Sumber : Hellodoktor