Siakap Keli
Gambar: fakta.indo

(Video) Bergaduh Parang vs Gergaji, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Amaran Lerai 2 Lelaki Ini

Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan amaran terhadap dua orang lelaki yang bergaduh menggunakan senjata tajam di jalan By Pass Ir H Djuanda, Kota Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia semalam.

Kedua-dua lelaki tersebut dilaporkan bergaduh sesama sendiri menggunakan parang dan gergaji.

Sebelum keadaan menjadi lebih buruk, aksi pergaduhan yang berlaku di hadapan pejabat pentadbiran Kota Tasikmalaya sempat dileraikan oleh anggota polis dan penduduk setempat.

Anggota polis berkenaan terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara kerana kedua-dua lelaki itu difahamkan bergaduh sehingga masuk ke jalan raya.

Setelah tembakan dilepaskan, barulah kedua-dua mereka dilihat berhenti bergaduh dan segera dipisahkan serta ditenangkan oleh anggota polis.

Susulan daripada kejadian itu, mereka berdua dilaporkan mengalami kecederaan luka tikaman pada bahagian leher akibat daripada senjata yang digunakan.

Aksi pergaduhan berdarah itu telah mengundang perhatian penduduk setempat sehinggakan lalu lintas di kawasan tersebut menjadi sesak.

Sejurus selepas itu, kedua-dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan tersebut terus digegaskan ke hospital yang berlainan.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan daripada kejadian tersebut.

 

 

 

Sumber: Tribun News

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.