Siakap Keli
Gambar: Google

(Video) Ini 10 ‘Pencakar Langit’ Berkembar Paling Tinggi Di Dunia, KLCC Masih Kekal No.1

Bila bercakap pasal bangunan berkembar tertinggi di dunia, sudah tentu Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terlintas di fikiran anda semua. Tetapi tahukah anda bahawa ada banyak lagi bangunan berkembar tertinggi di seluruh dunia?

Dalam perkongsian video TikTok yang dimuat naik oleh akaun @zikrie18, terdapat beberapa lagi bangunan atau menara berkembar yang tertinggi di dunia. Antaranya ialah:

1. Menara Berkembar Petronas KLCC, Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu anda tahu tentang menara berkembar ini. Ia terletak di ibu negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menara ini berketinggian sebanyak 451.9m atau 1483 kaki ke langit. Menara kembar ini merupakan tarikan utama pelancong dari luar negara. Bangunan ini juga menerapkan budaya Islam yang sangat dihormati semasa pembinaan dahulu.

2. JW Marriott Marquis Dubai, Emiriah Arab Bersatu 

Menara ini sebenarnya merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia yang berketinggian 335m atau 1165 kaki ke langit. Bangunan ini terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Menara itu pada awalnya adalah sebuah bangunan 77 tingkat dan berketinggian 350m, tetapi setelah diubahsuai ia berubah menjadi 355m seperti sekarang.

3. Menara Emirates, Emiriah Arab Bersatu 

Menara ini berdiri pada ketinggian 354m atau 1161 kaki ke langit. The Boulevard, iaitu sebuah kompleks runcit dua tingkat yang menghubungkan dua menara tersebut. Bangunan ini dibina sebagai simbol bandar Dubai.

4. Menara Huaguoyuan, China 

Menara Huaguoyuan merupakan sebuah bangunan yang dibina di bandar Guiyang dan telah siap pada 2018 yang lalu. Menara itu berdiri pada ketinggian 335m bersamaan 1099 kaki ke langit. Walau bagaimanapun, bangunan ini masih tidak termasuk dalam senarai bangunan tertinggi di China.

5. City of Capitals, Rusia 

Menara ini merupakan kompleks tiga bangunan pencakar langit yang masih dibina dengan berketinggian 301m (988 kaki). Ia terletak berhampiran Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow di tebing Sungai Moskva. Pembinaan menara itu bermula pada tahun 2017 dan dijangka akan siap pada tahun ini.

6. Yachthouse Residence Club, Brazil 

Menara berkembar ini terletak di bandar pantai Balneário Camboriú, Santa Catarina, selatan Brazil. Kedua-dua menara yang berketinggian 280m atau 919 kaki ke langit itu merupakan bangunan yang tertinggi di Brazil.

7. The Cullinan, China 

Menara kembar ini adalah sebuah kompleks kediaman yang terletak di jantung Union. Pada awalnya, projek menara setinggi 270m atau 886 kaki ke langit ini dicadangkan mempunyai 45 tingkat sahaja, namun rancangan selanjutnya telah dibuat agar ia dapat menampung sebanyak 68 lantai. Reka bentuk bangunan itu juga futuristik dengan berdindingkan tirai kaca seperti Pusat Perdagangan Antarabangsa dengan pemandangan Victoria Harbour.

8. Menara Al Kazim, Emiriah Arab Bersatu

Al Kazim Towers atau juga dikenali sebagai Business Central Towers merupakan bangunan postmoderm kompleks yang terletak di Dubai Media City. Bangunan itu dibina bermula pada tahun 2005 dan telah siap pada tahun 2008. Bangunan ini berketinggian sebanyak 265m, iaitu bersamaan 869 kaki ke langit.

9. Grand Gateaway Shanghai, China

Menara itu terdiri daripada dua pencakar langit yang berketinggian sebanyak 262m atau 860 kaki ke langit. Pembinaan menara ini bermula pada tahun 1994, dihentikan pada tahun 1997 kemudian disambung semula pada tahun 2002 dan akhirnya siap pada tahun 2005.

10. Pelabuhan Kewangan Bahrain, Bahrain 

Menara ini terletak di ibu kota Bahrain. Menara setinggi 240 m (853 kaki) ini mempunyai 53 tingkat dan menjadi tapak tarikan utama pelancong dari luar negara.

@zikrie18

#3DZOOMPRO #FoodLover#DJLalala #WhatYooWant #lalisa#blackpink #tiktok#fypmalaysia #fypindonesia #good4u#tiktokgu #tiktokguru_malaysia#stopcov

♬ LALISA – 리사 (LISA)

Menjengah ke ruangan komen pula, majoriti warganet meninggalkan respon bahawa mereka berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Menara Berkembar Petronas KLCC merupakan menara berkembar tertinggi nombor satu di dunia.

Sumber: TikTok

 

Aireena Marizan